disfluency | ketakfasihan | Sains Kesihatan | Tiada | Pertuturan yang tidak lancar yang dicirikan oleh pemanjangan dan pengulangan bunyi atau pertuturan yang tersekat-sekat. |
foreign escorted tour | lawatan beriring asing | Pelancongan | Tiada | Lawatan ke negara asing yang diiringi oleh individu yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua program yang dirancang berjalan dengan lancar. |
mood | suasana hati | Kesusasteraan | Puisi | Perkara yang berhubung dengan penyair dan proses penciptaan. Sekiranya suasana hatinya baik dan ilham datang, proses penciptaan sesebuah puisi itu berjalan lancar. Sebaliknya jika suasana hatinya kurang baik dan ilham tiada, proses penciptaan itu tersekat. |
laminar flow | aliran lamina | Sains Marin | Tiada | Aliran bendalir (cecair atau gas) yang daya kelikatannya melebihi daya-daya lain. Dalam aliran lamina, zarah bendalir akan bergerak dalam laluan yang ditentukan secara lancar tanpa gangguan. |
colitis | kolitis | Herba | Fitoterapi | Sejenis penyakit berkaitan pencernaan kronik yang dicirikan oleh radang pada lapisan di dalam kolon. Kolitis disebabkan oleh jangkitan kuman, ulser, keracunan makanan, bengkak usus atau aliran darah yang tidak lancar. |
misfire | salah nyalaan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Keadaan campuran udara-bahan api yang gagal dinyalakan dengan sempurna disebabkan oleh kegagalan palam pencucuh untuk mencetuskan bunga api pada masa yang ditetapkan. Keadaan ini berlaku sama ada secara berterusan atau tidak berkala yang menyebabkan kehilangan kuasa dan operasi enjin menjadi kurang lancar. |
monolithic catalytic converter | penukar bermangkin monolitik | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Penukar bermangkin yang mempunyai bahagian laluan udara yang berbentuk indung madu atau sarang lebah yang diperbuat daripada seramik. Struktur ini menyediakan permukaan yang disaluti unsur pemangkin yang luas. Konfigurasi ini menghasilkan tindak balas kimia gas ekzos yang lebih cekap dan laluan gas ekzos yang lebih lancar dan kurang kehilangan tekanan. Sinonim penukar monolitik Banding penukar bermangkin lapisan berpelet. |
primacy of politics | keperdanaan politik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Politik atau unsur politik sebagai faktor utama dalam mempengaruhi kehidupan manusia keseluruhannya. Keperdanaan politik memperlihatkan pembangunan ekonomi, keharmonian sosial, kejayaan diplomasi, pentadbiran, kecemerlangan pendidikan dan sebagainya yang bergantung kepada unsur politik dalam sesebuah masyarakat. Keperdanaan politik mencerminkan pertukaran politik lama yang tradisional kepada politik yang lebih demokratik, telus dan stabil bagi melahirkan pentadbiran yang baik. Ini akan menyumbang kepada proses pembangunan yang lancar. Contohnya, Adrian Leftwich (2002) dalam tulisannya States of Development: On the Primacy of Politics in Development telah menyatakan bahawa dengan meminggirkan unsur politik, pembangunan ekonomi sesebuah negara tidak akan berlaku. |
voting machine | jentera mengundi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Teknik yang digunakan oleh badan pengendali pilihan raya supaya pilihan raya berlangsung dengan licin dan sistematik. Teknik ini digunakan bermula daripada peringkat pendaftaran pemilih sehingga ke peringkat penjumlahan undi serta pengisytiharan kemenangan dalam sesuatu pilihan raya. Prosedur yang ditetapkan dalam jentera ini seperti senarai pengundi yang terkini, proses penyemakan yang rapi dan pengiraan yang telus serta sentiasa dikemas kini bagi memastikan perjalanan pilihan raya menjadi cekap, bersih dan lancar. |