Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
langkah (kata nama)
Bersinonim dengan tindakan, perbuatan, ikhtiar, usaha, jalan, cara;,
Kata Terbitan : melangkah, melangkahi,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
heiko dachi1. Langkah kecil 2. Langkah kaki selariSukanTiada1. Berdiri tegak, kaki renggang selebar bahu dan tapak kaki sebaris.
reaction mechanismmekanisme tindak balasKimiaTiadaHuraian tentang langkah-langkah tindak balas kimia. Pada peringkat tinggi, mekanisme tindak balas akan menerangkan secara terperinci tertib pemecahan dan pembentukan ikatan dan perubahan kedudukan relatif atom-atom semasa tindak balas. 1. CH3 CH = CH2 ® CH3 CHÅ - CHy (rujuk m/s 113) hasil tindak balas 2-kloropropana SILA RUJUK RAJAH DI M/S 113 zat tindak balas propena + asid hidroklorik Mekanisme tindak balas
Koch postulatepostulat KochBiologiPatologiPostulat yang diberi nama, berdasarkan nama seorang ahli sains Jerman pada tahun 1883, iaitu Koch, yang menyarankan langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan kepatogenan sesuatu organisma, iaitu: 1. Organisma yang diduga sebagai penyebab penyakit mestilah sentiasa berada pada kawasan yang menunjukkan gejala penyakit. 2. Organisma tersebut boleh dipencil dan ditumbuhkan sebagai kultur tulen di dalam medium buatan. 3. Apabila organisma tersebut diinokulasi pada perumah sihat maka ia boleh menyebabkan gejala yang serupa dengan gejala tempat organisma tersebut dipencilkan sebelumnya. 4. Organisma yang sama, boleh dipencilkan semula daripada bahagian yang sakit, hasil inokulasi buatan tadi. Bahagian yang ke-4 ini telah ditambah oleh E.F.Smith pada tahun 1905.
control abstractionpengabstrakan kawalanTeknologi MaklumatPerisianSalah satu ciri penting dalam pengabstrakan terutamanya yang melibatkan penggunaan bahasa pengaturcaraan. Contohnya, ungkapan seperti yang berikut: a: =(1+2)*5 Hasil operasi memberi nilai 15 kepada pemboleh ubah ’a’ supaya ’a’ tersebut dapat digunakan pada masa akan datang, melibatkan langkah-langkah yang tidak kelihatan seperti mencari label pemboleh ubah dan lokasi dalam ingatan fizikal atau dalam ingatan maya, menyimpan perwakilan perduaan bagi ’15’ ke dalam lokasi ingatan dan sebagainya. Tanpa pengabstrakan kawalan, pengatur cara perlu menentukan setiap daftar atau langkah-langkah yang perlu dilalui untuk melakukan operasi hasil tambah atau hasil darab beberapa angka dan menumpukkan hasilnya kepada satu pemboleh ubah. Pengulangan operasi ini memberi dua kesan yang negatif, iaitu: i. Pengatur cara terpaksa mengulang tugas yang sama setiap kali operasi ini diperlukan. ii. Pengatur cara terpaksa mereka bentuk atur cara bagi perkakasan tertentu dan set perintah tertentu.
management information systemsistem maklumat pengurusanPentadbiranPentadbiran Awam

Sistem maklumat berasaskan komputer yang direka bentuk bagi membantu pembentukan dasar bagi semua lapisan pengurusan. Sistem maklumat ini menggabungkan manusia, perkakasan, perisian, jaringan komunikasi dan sumber data yang kemudiannya diproses menjadi maklumat kepada organisasi. Sistem ini dibina mengikut langkah-langkah berikut (1) Analisis penggubalan keputusan iaitu mengenal pasti objektif sesuatu organisasi dan jenis keputusan yang dibuat bagi mencapai objektif tersebut. (2) Analisis maklumat yang diperlukan berbeza-beza tertakluk kepada keputusan yang dibuat. (3) Pengumpulan keseluruhan keputusan dengan keperluan maklumat yang sama. (4) Reka bentuk sistem pemprosesan maklumat iaitu merupakan mekanik bagi sistem informasi (5) Reka bentuk sistem kawalan iaitu sistem maklumat pengurusan berkemungkinan mengesahkan kekurangan dalam bahagian-bahagian tertentu.

step penetrometerpenetrometer bertanggaKejuruteraanTiadaPenetrometer yang bahannya sama dengan spesimen kajian, mempunyai julat langkah daripada 1 hingga 5 peratus ketebalan spesimen.
step-wedge penetrometerpenetrometer baji jenjangKejuruteraanTiadaPenetrometer yang bahannya sama dengan spesimen kajian, mempunyai julat langkah daripada 1 hingga 5 peratus ketebalan spesimen.
reductio ad absurdumreductio ad absurdumMatematikTiadaKaedah pembuktian melalui percanggahan. Kaedah ini bermula dengan andaian bahawa apa yang hendak dibuktikan itu adalah palsu, akhirnya didapati sesuatu yang sudah diketahui memang palsu. Contoh: “Buktikan nombor tak nisbah”. Andaikan yang sebaliknya, iaitu ialah nombor nisbah. Maka dapat ditulis sebagai nisbah dengan p dan q dua integer positif tanpa pembahagi sepunya selain 1. Akhirnya, melalui langkah-langkah yang sah, didapati p dan q mempunyai 2 sebagai pembahagi sepunya dan ini merupakan satu percanggahan.
job steplangkah kerjaKejuruteraanTiada1. Pelaksanaan atur cara komputer yang dikenal pasti secara eksplisit dengan menggunakan kenyataan kawalan kerja.,2. Satu unit pemprosesan yang terlibat dalam sesuatu tugas tentu
programatur caraPendidikanTiada

1.2pt 0pt 19.7pt; background: white; mso-line-height-rule: exactly">Siri arahan apabila dilaksanakan langkah demi langkah akan mendapat hasil tertentu.

123

Kembali ke atas