Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : lampai (tubuh badan), langkai, ramping: penari itu berbadan ~ dan berkulit kuning langsat; melangsingkan menjadikan (badan, tubuh) langsing: ~ badan; kelangsingan perihal (keadaan) langsing: ~ bentuk badannya; pelangsingan proses melangsingkan: ma­kanan yg lebih baik dapat menyebabkan pembakaran lemak dlm proses ~; pelangsing ramuan, ubat, dll yg boleh melang­singkan badan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tinggi lampai (bkn tubuh badan); ramping. melangsingkan merampingkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
langsing (adjektif)
Bersinonim dengan ramping, lampai, langkai;,
Kata Terbitan : melangsingkan, kelangsingan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
arrow wormscacing anak panahSains MarinTiadaSejenis filum ketognata yang merupakan invertebrat kecil dengan julat saiz di antara 2-120 mm panjang. Namanya diambil sempena bentuk badannya yang panjang dan langsing serta mempunyai sirip sisi dan sirip ekor yang kelihatan seperti anak panah. Struktur badannya ringkas, diselaputi oleh lapisan kutikel, lut cahaya dan terbahagi kepada kepala, badan dan ekor. Cacing anak panah tidak mempunyai sistem peredaran darah, sistem pernafasan atau sistem pertukaran gas yang khusus dan hanya mempunyai sistem saraf yang ringkas. Terdapat lebih 120 spesies cacing anak panah yang telah dikenal pasti dan semuanya terdiri daripada zooplankton. Cacing anak panah merupakan pemangsa rakus yang memakan zooplankton kecil seperti kopepod dan krustasia kecil yang lain. Sinonim ketognata.
jamujamuHerbaTiadaSediaan herba yang mengandungi campuran pelbagai bahagian tumbuhan. Jamu boleh terdiri daripada bahan segar atau kering, dalam bentuk yang utuh, serbuk atau ekstrak. Sediaan herba ini berasal dari Indonesia. Contohnya, jamu selepas bersalin dan jamu langsing.

Kembali ke atas