Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kain penutup jendela atau pintu, tirai: kemudian ~ hijau tua yg diselaknya itu dijatuhkan semula; berlangsir mempunyai atau dipasang langsir: pintu yg tidak ~; melangsiri memasang langsir di (jendela dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
langsir
Rujuk :tirai


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
curtainlangsirKesenianHiasan DalamanBahan yang digantung pada tingkap, pintu atau ruang terbuka yang berfungsi sebagai hiasan, peneduh dan penapis. Langsir diperbuat daripada fabrik atau bahan sintetik yang direka dalam pelbagai bentuk, bahan, saiz, warna, corak dan jenis. Antara jenis-jenis langsir ialah langsir Cottage, Priscilla, panjang, Sash, dan Tab. Di Amerika, langsir dikenali sebagai draper, manakala di Britain dikenali sebagai drapery. Langsir di pintu dikenali sebagai portieres.
day curtainlangsir siangUmumTiadaSejenis langsir yang lazimnya berwarna cerah atau jarang untuk kegunaan pada waktu siang.
austrial shadestirai austrialKesenianHiasan DalamanLangsir yang boleh dinaikkan dan diturunkan menggunakan tali pintal. Langsir jenis ini melurut dan mempunyai gulungan atau lipatan yang mendatar bagi menimbulkan kesan hiasan yang unik.
blindbidaiKesenianHiasan DalamanSejenis penutup ruang bukaan seperti tingkap dan koridor. Sebagaimana langsir, bidai berfungsi untuk mengawal cahaya, suhu, bunyi dan penglihatan dalam sesuatu ruang. Bidai diperbuat daripada kepingan kayu, buluh, plastik, fabrik atau logam. Bidai berfungsi secara menegak atau melintang dengan menggerakkannya secara manual dan automatik. Bidai melintang diperbuat daripada kepingan bahan yang lebih kecil, yang disusun secara melintang berbanding bidai menegak yang menggunakan kepingan bahan yang lebih lebar, yang disusun secara menegak.
galloonanyaman bingkai bucuKesenianHiasan DalamanKain hiasan yang berjalur sempit, diperbuat daripada sutera atau kain renda yang digunakan sebagai anyaman bersulam untuk perhiasan pada alat perabot rumah, tekstil, langsir, serta pakaian seragam tentera dan polis.
cornicekornisKesenianHiasan DalamanBirai hiasan yang terunjur dalam kedudukan melintang, di antara dinding dengan siling, tingkap, pintu atau pada perabot. Kornis juga boleh didapati sebagai hiasan untuk menutup bahagian atas langsir atau bingkai gambar. Kornis diperbuat daripada lepa, kayu, batu bata, marmar atau kepingan gentian lepa.
cornicekornisKesenianHiasan DalamanBirai hiasan yang terunjur dalam kedudukan melintang, di antara dinding dengan siling, tingkap, pintu atau pada perabot. Kornis juga boleh didapati sebagai hiasan untuk menutup bahagian atas langsir atau bingkai gambar. Kornis diperbuat daripada lepa, kayu, batu bata, marmar atau kepingan gentian lepa.
acornakornKesenianHiasan DalamanUkiran perhiasan yang dibuat berdasarkan imej tumbuhan atau buah-buahan, seperti pokok oak pada kayu, batu atau logam. Bentuk ukiran ini banyak terdapat pada binaan puncak tiang, kepala tangga, rel langsir atau hulu tongkat.
railsusurKesenianHiasan DalamanBahagian mendatar yang terdapat pada kerangka, panel tingkap atau pintu. Dalam pertukangan kayu, susur merujuk kepada sebarang anggota mendatar yang diikat menggunakan tanggam lubang puting atau dengan cara lain di antara atau di atas dua tiang yang menyebabkan pembentukan kerangka atau panel yang berikut: a. pagar, sama ada petak pengurungan dibentuk dengan hanya dua rel selari atau lebih untuk membolehkannya dipaku kepada anggota menegak atau tiang; b. koping pada selasar yang dikenali sebagai selusur tangan, yang terdapat pada tangga; c. bingkai pada panel, pintu, tingkap atau gambar dengan anggota mendatar dan menegak bingkai bertindak sebagai penerima panel; d. susur batu berbentuk besar dan berat, dipahat dengan hiasan yang teliti serta bertindak sebagai pagar upacara kepada lereng curam kuil Buddha purba; e. gegalang, iaitu bebatang mendatar yang digunakan sebagai alat gantung untuk tuala dan langsir; f. gelangsar, iaitu kekotak untuk meluncur atau menggelincir pintu atau pintu lipat gelangsar, sama ada dipasang secara gantung di sebelah atas atau dipasang di bawah pintu.

Kembali ke atas