Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lapis (kata nama)
Bersinonim dengan lapisan, petala;,
Kata Terbitan : berlapis-lapis, lapisan, pelapis,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
plywoodpapan lapisKesenianHiasan DalamanKepingan kayu yang memiliki beberapa lapis venir kayu nipis yang dimampatkan bersilang di antara satu lapisan dengan lapisan yang lain. Lapisan ini dicantumkan menggunakan bahan perekat. Terdapat juga lapisan yang digabungkan di antara venir kayu dengan lapisan papan zarah kayu. Bagi tujuan pembinaan yang khusus, setiap lapisan ira kayu disusun bertindih antara satu sama lain secara serenjang atau tegak lurus. Kayu keras yang digunakan adalah daripada spesies yang sama dan mempunyai ketebalan sekata. Biasanya, jumlah lapisan adalah ganjil.
bamboo outer layerlapisan luar buluhBuluhTiadaLapisan luar yang keras dan padat, dan terdedah kepada persekitaran luar, berfungsi untuk melindungi struktur batang buluh. Sinonim eksodermis buluh.
barkkulit kayuHerbaTiadaKulit luar yang keras pada batang, dahan pokok, akar dan ranting. Kulit ini terdiri daripada seluruh tisu di luar lapisan kambium yang mengandungi floem sekunder, korteks dan periderma. Kulit kayu utuh dalam bentuk kering digunakan sebagai bahan mentah herba selepas diracik, dikisar atau diserbukkan. Contohnya, kulit kayu manis dan kulit kayu pulai.
aluminized valveinjap beraluminiumKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaInjap enjin yang diselaputi lapisan nipis aluminium yang membolehkan injap menjadi lebih nipis, keras, dan tahan.
elmelmKesenianHiasan DalamanPokok yang terdapat di hemisfera utara, daripada genus Ulmus yang berdaun lebar dan tepinya bergerigi, serta berkayu keras dan berat. Kayu daripada pokok ini berwarna coklat cerah dan banyak digunakan untuk lantai, alat perabot serta lapisan venir.
magnetic storagestoran magnetFizikNanoteknologiKaedah penyimpanan data menggunakan bahan magnet dengan memberikan corak pemagnetan berbeza atas lapisan permukaan bahan tersebut. Corak ini dikaitkan dengan isyarat digital. Idea penstoran magnet pertama kalinya telah dikemukakan oleh Oberlin Smith dalam tahun 1888 dan perakam magnet pertama telah dicipta oleh Valdemar Poulsen dalam tahun 1898. Storan magnet yang moden menggunakan bahan butiran nanomagnet sehingga dapat menyimpan data yang sangat besar. Contohnya, cakera keras berketumpatan tinggi.

Kembali ke atas