prohibitive signs | papan tanda larangan | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
embargo | embargo | Ekonomi | Tiada | 1.Larangan kerajaan secara rasmi untuk mengimport atau mengeksport sesuatu barang atau perkhidmatan dari/ke sesebuah negara dengan tujuan untuk mendesak supaya sesuatu konsesi diberikan kepadanya. 2. Sekatan terhadap keluar masuk kapal dari pelabuhan sesebuah negara. 3. Keengganan sesebuah syarikat pengangkutan untuk mengangkut barang-barang apabila berlaku mogok atau kesesakan lalu lintas. |
Movement Control Order (MCO) | Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) | Undang-undang | Tiada | Satu peraturan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Malaysia berpandukan Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit, 1988 (Akta 342) dan Akta Polis 1967 (Akta 344). Peraturan ini antaranya mengandungi larangan kepada orang awam daripada terlibat dalam sebarang bentuk perhimpunan orang ramai atau larangan terhadap pergerakan keluar masuk. |
normal risk | risiko normal | insurans | Tiada | Risiko insurans yang berhak mendapatkan perlindungan insurans mengikut pengunderaitan yang lazim tanpa pengkadaran tambahan atau larangan khas. |
standard risk | risiko standard | insurans | Tiada | Risiko insurans hayat yang berhak mendapatkan perlindungan insurans mengikut penguderaitan standard tanpa pengkadaran tambahan atau larangan khas. |
gag order | perintah larang suara | Undang-undang | Tiada | Satu perintah awal yang dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi untuk menjalankan kuasa yang merangkumi larangan terhadap sebarang kata-kata, komen, perbincangan atau kenyataan termasuk rujukan kepada sebarang komunikasi secara bertulis atau tidak bertulis sementara menunggu pelupusan muktamad perbicaraan sesuatu kes. |
social justice | keadilan sosial | Sains Politik | Politik Perbandingan | Layanan saksama yang diberikan kepada setiap individu atau masyarakat tanpa mengira kaum, daerah atau keturunan. Semua kaum memiliki kedudukan yang sama di bawah pentadbiran kerajaan, undang-undang atau kebajikan. Setiap kelompok memiliki kebebasan untuk hidup aman, bekerja, mengamalkan agama dan menggunakan bahasanya sendiri tanpa larangan, sekatan atau sebarang gangguan. Kebanyakan parti sosialis meletakkan prinsip asas mereka kepada perjuangan keadilan sosial kerana menolak sebarang penindasan oleh golongan atasan. |
formula | formula | Kesusasteraan | Tiada | Frasa yang disusun dalam bentuk struktur tetap yang diulang dalam pengucapan harian sebagai sebahagian daripada ritual atau tatacara sosial. Formula juga merujuk kepada susunan perkataan yang diulang dalam bentuk, sukatan baris, dan isi yang identikal dalam sesebuah karya lisan, terutamanya dalam puisi naratif. Contohnya, puisi epik Home. Formula terdiri daripada pernyataan atau frasa kodi yang menjadi rujukan bersama oleh pengarang atau pencerita lisan. Bentuknya yang tetap dan bersukat menjadikan formula mudah dihafal dan diingat. Formula termasuklah frasa tetap untuk ucapan alu-aluan atau perpisahan, tahniah atau takziah. Dalam budaya tulisan, formula jelas terdapat dalam surat kiriman. Dalam kajian lisan, konsep formula mula diperkenalkan oleh Parry-Lord (1920 � 1960) ketika beliau mengkaji puisi Homer. Formula membantu proses penciptaan dan penyampaian lisan. Bahasa yang menggunakan formula disebut sebagai berungkapan tetap atau formulaik. Dalam tradisi lisan Melayu, formula digunakan untuk merujuk kepada ungkapan berpola yang digunakan untuk memerikan sifat, situasi atau babak tertentu. Contoh yang dipetik daripada Hikayat Awang Sulung Merah Muda ialah ungkapan berpola untuk memerikan babak, iaitu ketika menyahut panggilan raja: �yang capik datang bertongkat� �yang buta meraba-raba� �yang tuli leka bertanya� �yang kecil terambin lintang� Yang jarak tolak-tolakan� �yang pendek tinjau-meninjau� �yang kurap mengekor angin� Di samping itu, terdapat juga ungkapan yang seiras formulanya seperti yang dipetik daripada Hikayat Seri Rama: �maka ia pun menuntung tabuh larangan, gong pelaung, canang pemanggil, Maka berhimpunlah Temenggung, Laksamana, Orang Kaya Besar, Perdana Menteri, kecil dan besar, tua dan muda, laki-laki dan perempuan berhimpun...� Lihat juga formulaik. |