specific rotation | putaran spesifik | Herba | Tiada | Putaran optik suatu sebatian kimia yang diukur pada kepekatan, suhu, panjang gelombang cahaya dan pelarut tertentu. Contohnya, larutan 1 g/ml kamfor semula jadi dalam alkohol mempunyai nilai +40.0 hingga +43.0 diukur pada suhu 20�C, panjang gelombang 589.3 nm dan sel berukuran 1 dm. |
sensitivity | kepekaan | Kimia | Kimia Analisis | Amaun bahan atau unsur dalam larutan yang menghasilkan ukuran tertentu. Contohnya dalam spektroskopi serapan atom, kepekaan larutan akueus merupakan kepekatan unsur dalam bahagian per juta atau (μgml-1 atau mgl-1) dalam larutan akueus yang memberikan nilai serapan 0.00436 atau setara dengan 1% serapan. |
molarity | kemolaran | Kimia | Kimia Analisis | Kepekatan larutan yang dinyatakan oleh bilangan mol zat terlarut dalam 1 liter larutan. |
dilution factor | faktor pencairan | Kimia | Kimia Analisis | Faktor yang digunakan untuk mengira kepekatan suatu larutan hasil, dengan mengambil kira pencairan yang telah dilakukan terhadap larutan asal. Contohnya, 10.0 ml larutan asal dicairkan ke 1000.0 ml menghasilkan larutan yang mempunyai kepekatan 1 per 100 daripada kepekatan asal, iaitu mempunyai faktor pencairan 100. |
molar conductivity | kekonduksian molar | Kimia | Kimia Analisis | Kekonduksian tentu larutan yang mengandungi satu mol elektrolit bagi setiap liter larutan. Unitnya Scm2mol-1. |
part per billion | bahagian per bilion | Kimia | Kimia Analisis | unit kepekatan yang menyatakan amaun komponen analit terhadap satu bilion amaun sampel atau larutan. Contohnya satu bahagian per bilion raksa dalam suatu sampel air bermakna terdapat 1 gram raksa dalam setiap 109 gram air atau 1 gram raksa dalam setiap 106 liter air atau 1 μg raksa dalam setiap 1 liter air. |
part per billion | bahagian per juta | Kimia | Kimia Analisis | Unit kepekatan yang menyatakan amaun komponen analit terhadap satu juta amaun sampel atau larutan. Contohnya satu bahagian per juta raksa dalam suatu sampel air bermakna terdapat 1 gram raksa dalam setiap 106 gram air atau 1 gram raksa dalam setiap 103 liter air atau 1 μg raksa dalam setiap ml air. |
molality | kemolalan | Kimia | Kimia Analisis | Kepekatan larutan yang dinyatakan oleh bilangan mol zat terlarut dalam 1 kg pelarut. |
neutralization | peneutralan | Kimia | Kimia Analisis | Proses membentuk suatu larutan neutral melalui tindak balas di antara 1 mol ion hidrogen dengan ion hidroksida atau dalam keadaan kedua-dua ion ini dalam kadar yang sama. Hasilnya tidak semestinya garam dan air, tetapi sentiasa merupakan konjugat bes dan asid bergantung kepada jenis asid dan bes yang digunakan. |
hydrogen electrode | elektrod hidrogen | Kimia | Kimia Analisis | Elektrod yang terdiri daripada elektrod logam lengai seperti platinum yang direndamkan ke dalam larutan yang mengandungi ion H dan bersentuhan dengan gas hidrogen. Pada suhu 25°C, tekanan gas hidrogen 1 atmosfera dan kepekatan ion H+ 1 molar, elektrod ini dikenali sebagai elektrod hidrogen piawai dan mempunyai dan mempunyai keupayaan sifar volt. |