Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lar.va] | لرۏا

Definisi : serangga dlm peringkat pertama perkem­bangannya selepas menetas, anak serangga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lar.va] | لرۏا

Definisi : ist anak serangga yg masih dlm bentuk ulat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata larva


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
meroplanktonmeroplanktonSains MarinTiadaOrganisma yang hidup sebagai plankton dalam sebahagian daripada kitaran hidupnya, terutamanya semasa peringkat larva. Contohnya, larva landak laut, larva tapak sulaiman, larva krustasia, larva ikan dan sebagainya. Banding holoplankton.
zoeazoeaPerikananAkuakulturPeringkat kedua larva udang yang mengambil masa selama 3 – 5 hari dalam proses perkembangan larva. Larva mula memakan diatom dan naupli artemia sebagai sumber makanan. Pada peringkat ini mata akan terbentuk dan badan mula memanjang.
larvalarvaPerikananAkuakulturPeringkat selepas penetasan telur dan masih mempunyai kantung telur sebagai sumber makanan. Sinonim rega.
mysismisisPerikananAkuakulturPeringkat ketiga larva udang yang mengambil masa 3 – 5 hari dalam proses perkembangan larva. Pada peringkat ini, larva mula membentuk pleopoda.
lecithotrophic larvaelarva lesitotrofikSains MarinTiadaJenis larva yang mempunyai bekalan yolka untuk keperluan nutrisinya semasa peringkat pertumbuhan dan penyebaran di dalam plankton. Larva lesitotrofik mempunyai tempoh pelagik yang pendek dan tidak tersebar jauh. Banding larva planktotrofik.
planktotrophic larvaelarva planktotrofikSains MarinTiadaJenis larva planktotrofik yang tidak mempunyai bekalan yolka semasa peringkat pertumbuhannya. Keperluan nutrisinya perlu dipenuhi dengan mendapatkan makanan di dalam plankton, sama ada dengan memakan fitoplankton atau menjadi pemangsa kepada zooplankton yang bersaiz kecil. Tempoh pembesaran larva planktotrofik lebih panjang dan dapat tersebar jauh. Banding larva lesitotrofik.
teleplanic larvaelarva teleplanikSains MarinTiadaLarva pelagik yang mempunyai tempoh plankton yang panjang. Oleh itu, ia mempunyai kapasiti penyebaran yang luas sehingga berupaya merentasi lautan berbeza. Contohnya, larva sejenis siput laut, Fusitriton oregonensis yang mengambil masa selama 4-5 tahun sebelum bermetamorfosis menjadi juvenil.
larvaregaPerikananAkuakulturLihat larva.
egg yolkkuning telurPerikananAkuakulturSumber makanan semula jadi dalaman yang terdapat bersama-sama larva ikan yang baru menetas. Kuning telur merupakan makanan awalan sebelum larva ikan menerima makanan luaran.
larval parasitoidparasitoid larvaPertanian OrganikTanaman Makanan-
12

Kembali ke atas