background | latar | Kesusasteraan | Tiada | Ruang, masa dan situasi yang menjadi konteks kepada sesuatu peristiwa dalam karya sastera. Ruang merujuk kepada tempat fizikal seperti bilik, kampung dan bandar. Contohnya, Kampung Banggol Derdap dalam Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad. Masa merujuk kepada waktu, musim dan zaman seperti zaman perang dalam novel Patah Sayap Terbang Jua karya A. Samad Ismail. Situasi merujuk kepada keadaan sosial, ekonomi, politik, budaya dan agama. Contohnya, pergolakan politik menjadi latar penulisan novel Anugerah karya Zaharah Nawawi. Latar memainkan peranan penting untuk melahirkan suasana dan mood yang mampu membangkitkan emosi dan kesan mental terhadap penonton. Dalam drama, latar merujuk kepada tirai latar dan peralatan pentas yang digunakan. |
ambient lighting | lampu latar | Kesenian | Hiasan Dalaman | Lampu yang digunakan sebagai latar untuk meningkatkan kecerahan suasana sesebuah ruang. |
back drop | tirai latar | Kesusasteraan | Tiada | Tirai, dinding atau skrin di ruang belakang set pentas bagi menggambarkan latar yang bersesuaian dengan babak tertentu. |
gothic romance | novel gotik | Kesusasteraan | Tiada | Novel tentang tema seram dan suspens. Dalam sastera Barat, latar masa bagi fiksyen ini adalah pada zaman Medieval. Latar tempatnya pula berkisar tentang istana suram, kurungan bawah tanah dan sebagainya. Pengarang novel gotik menggunakan penjelmaan hantu dan kejadian ghaib untuk mengembangkan plot. Pengarang menimbulkan perasaan takut terhadap para pembacanya dengan mengeksploitasikan misteri, kekejaman, dan kejadian yang menggerunkan. Jenis fiksyen ini dipelopori oleh Horace Walpole dalam karyanya the Castle of Otranto. Kemudian, istilah novel gotik ini diperluaskan merangkumi fiksyen yang tidak menggunakan latar Medieval tetapi masih mengekalkan unsur seram, ghaib dan menggerunkan. Contoh seperti ini ditemui dalam karya Edgar Alan Poe dan Willain Faulkner. Sumbangan utama novel gotik terhadap dunia fiksyen adalah membuka ruang untuk pemaparan dimensi tidak rasional dan naluri ganjil yang hadir di sebalik tingkah laku watak yang kelihatan sopan dan bertamadun. Lihat juga gotik. |
background task | tugas latar | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Tugas yang dilaksanakan oleh suatu sistem yang terlindung di sebalik proses atau aktiviti yang lain. Dalam kebanyakan sistem multipengguna, tugas ini dilaksanakan dalam latar menggunakan keupayaan CPU terbiar tanpa disedari pengguna. |
desert island fiction | fiksyen pulau tanpa penghuni | Kesusasteraan | Tiada | Fiksyen yang menggunakan pulau yang terpencil sebagai latar tempat dan plot fiksyen tersebut. Dalam fiksyen atau cereka ini, pulau digunakan sebagai latar tempat, sesuai dengan kedudukannya yang terpencil dan jauh daripada dunia realiti. Fiksyen ini mengisahkan seorang watak utama yang tersadai di sebuah pulau yang terpencil. Watak tersebut menempuh pelbagai kesusahan dan rintangan yang mengajarnya untuk mengenal diri. Dari segi sejarah, genre sastera ini lahir dan diperkenalkan oleh Defoe melalui karya Robinson Crusoe pada tahun 1719. Kemudian genre ini menjadi sesuatu yang universal dengan bentuk penceritaan atau plot yang hampir sama. Pada tahun yang sama, Defoe menerbitkan sambungan karyanya yang pertama berjudul The Further Adventure of Robinson Crusoe. Karya ini diadaptasikan dan diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa seperti Perancis dan Jerman, contohnya The Swiss Family Robinson (1814). Karya ini jug diadaptasikan ke dalam karya kanak-kanak seperti The Young Islanders (1841) karya J. Taylor. Dalam proses mengadaptasikan Robinson Crusoe, mempunyai beberapa persamaan dengan karya berjudul Hayy ibn Yaqzan oleh Ibn Tufayl, sasterawan Arab Andalus dari sudut latar tempat pulau dan tema pencarian diri. Dalam sesetengah karya, pulau dianggap tempat yang bersih, manakala dalam karya lain, pulau dianggap sudah tercemar. |
exoticism | eksotisisme | Kesusasteraan | Tiada | Keanehan yang tergambar dalam sesuatu cerita tanpa mengambil kira gambaran tersebut benar atau palsu. Keanehan tergambar pada aspek latar, peristiwa, dan watak yang mempesonakan serta mengasyikkan dalam sesuatu cerita. Dari sudut wacana orientalisme, gambaran eksotisisme ini sengaja menonjolkan sifat aneh dan asing bagi latar, motif, rujukan budaya, dan sosial masyarakat Timur. Kebanyakan karya kolonialisme pada abad ke-18 dan 19 memaparkan negara Timur seperti India, Timur Tengah dan Asia Tenggara sebagai latar eksotik. Contoh eksotisisme ditemui dalam karya bertajuk Persian Eclogues (1742) oleh Willian Collins, Vathek (1786) oleh William Beckford, dan Lord Jim (1895) oleh Joseph Conrad. |
omniscient point of view | sudut pandangan serba tahu | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah penceritaan daripada pengarang yang berada di luar cerita dan bertindak selaku orang yang mengetahui segala-galanya. Pengarang mempunyai pengetahuan luas terhadap seluruh aspek cerita, bebas bergerak dari satu watak ke satu watak, dari satu latar ke satu latar, atau dari suatu pemikiran ke suatu pemikiran tanpa sebarang halangan. Pengarang mengawal seluruh idea yang ingin disampaikan dalam cerita mengikut sudut pandangan yang diingininya. Pengarang juga bebas menyelami hati dan perasaan para watak, berkuasa dan menentukan aspek pemikiran, dan perjalanan cerita dari awal hingga ke akhirnya. |
skylight | latar langit/tingkap magun | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
local colour | warna setempat | Kesusasteraan | Tiada | Perincian tentang sesuatu tempat atau daerah dari segi bahasa, dialek, adat resam, pakaian, dan sikap. Perincian ini digunakan untuk menghidupkan latar yang meyakinkan bagi sesebuah novel, naratif atau drama. Karya ini biasanya dihasilkan oleh pengarang tempatan (yang berasal dari tempat berkenaan) atau terbit daripada penyelidikan rapi tentang tempat tersebut. Karya bercorak warna setempat mula mendapat perhatian pada penghujung kurun ke-19 di Amerika Syarikat. Pada masa itu, timbul minat dalam kalangan pengarangnya untuk mengetahui perbezaan yang begitu ketara antara daerah dengan daerah benua yang luas itu. Seterusnya mereka memulakan penulisan bentuk cereka yang mencerminkan ciri-ciri khusus dan tersendiri tentang daerah berkenaan. Rata-rata perincian kedaerahan ini digunakan untuk menghiasi latar belakang sesebuah cereka. Namun, apabila perincian tersebut menjadi bahagian penting dalam sesebuah cereka, perincian itu dirujuk sebagai kedaerahan dan regionalisme. Antara penulis Amerika yang terkenal dengan karya seperti ini ialah Mark Twain yang menghidupkan persekitaran Mississippi dan George Washington Cable di daerah Selatan. Di luar Amerika Syarikat, penulis Inggeris Thomas Hardy memanfaatkan warna setempat Dorsetshire dalam novelnya yang mempunyai latar daerah Wessex. Di Perancis pula, penulis seperti Emile Zola banyak menghasilkan karya warna setempat. Dalam sastera Melayu moden, karya Shahnon Ahmad banyak memanfaatkan perincian tempat beliau dilahirkan dan dibesarkan, iaitu di Sik, Kedah seperti dalam novel berjudul R?nj?u Sep?nj?ng J?l?n. Contoh dalam bahasa Arab ditemui dalam trilogi Najib Mahfuz berjudul B?yn ?l-Q?sr?yn, Q?sr ?l-Sh?rq, dan ?l-Sukk?riy?h. Dalam sastera Parsi, warna setempat ditemui dalam S?ng-i S?bur oleh Sadiq Chubak. |