biographical criticism | kritikan biografi | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan yang menggunakan latar belakang pengarang sebagai kerangka rujukan untuk mentafsirkan makna teks. Kritikan biografi berasaskan pendapat bahawa pemahaman tentang kehidupan pengarang boleh memberikan pengertian yang lebih jelas tentang karyanya. Riwayat hidup pengarang memperlihatkan bagaimana faktor persekitaran, pengalaman dan pembacaan mempengaruhi penulis secara sedar dan tidak sedar dalam penciptaan karya. Membaca biografi penulis bukan sahaja mengubah tetapi mendalamkan pengamatan pembaca terhadap teks tersebut. Walau bagaimanapun, data biografi boleh mengelirukan pembaca. Hal ini demikian kerana terdapat sesetengah pengarang mengubah fakta sejarah dengan menyembunyikan perihal yang memalukan, dan menggembar-gemburkan perihal yang akan menyerlahkan lagi karya mereka. Penggunaan data biografi yang berlebih-lebihan dianggap sebagai kekeliruan biografi, dan situasi ini dicabar oleh kritikan sastera yang disebut kritikan baru. Sebaliknya, penggunaan data biografi yang bijak dapat menghasilkan interpretasi teks yang lebih tuntas. Umpamanya, novel Salina karya A. Samad Said pastinya dapat diinterpretasikan dengan lebih mendalam sekiranya penulisnya diketahui secara mendalam. Hal ini demikian kerana banyak pengalaman pahit zaman perang pengarang yang mendorong kepada penciptaan karyanya. |
open education (OE) | pendidikan terbuka (OE) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pendidikan tanpa mengira latar belakang akademik, geografi dan kemudahan teknologi bagi tujuan berkongsi semua sumber, idea, pengetahuan, kaedah, platform, alat, pendekatan dan bahan dalam pembelajaran dan pengajaran secara percuma serta terbuka. OE merangkumi sumber, alat dan amalan yang bebas halangan perundangan, kewangan dan teknikal serta boleh diguna, dikongsi dan diadaptasi sepenuhnya dalam persekitaran digital. OE memaksimumkan kuasa Internet untuk menjadikan pendidikan lebih mampu, boleh capai dan berkesan. |
lame | tempang; lame (fabrik) | Kesenian | Tiada | 2. Lame: Fabrik daripada yarn gimpal sebagai latar belakang atau corak, yang ditenun dengan tenun jaquard atau tenun permatang. Pada masa ini yarn logamnya bersalut poliester untuk mengelakkannya daripada pudar. |
youth outreach worker | pekerja khidmat belia | Sosiologi | Tiada | Individu yang pekerjaannya menyediakan golongan muda yang latar belakang miskin dengan sokongan dan aktiviti sosial. |
lay underwriter | pengunderait biasa | insurans | Tiada | Wakil syarikat yang menaksir risiko berdasarkan kebarangkalian dan statistik yang diketahuinya serta latar belakang seseorang individu. Lazimnya wakil syarikat ini mempunyai pengetahuan risiko perubatan, walaupun ianya bukan seorang doktor perubatan. |
eclecticism | eklektisisme | Kesenian | Hiasan Dalaman | Gabungan bentuk dan motif yang dihasilkan dengan cara memilih dan menggabungkan gaya daripada pelbagai latar belakang budaya, masyarakat dan kepercayaan. |
clinical trial protocol | protokol percubaan klinikal | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Tatacara piawai untuk melaksanakan suatu percubaan klinikal. Protokol ini mengandungi maklumat umum dan latar belakang percubaan klinikal, objektif dan tujuan percubaan, penjelasan reka bentuk percubaan, kriteria pemilihan dan penyingkiran subjek, prosedur rawatan subjek, spesifikasi dan prosedur penilaian keberkesanan dan keselamatan, kaedah statistik, dan maklumat tambahan lain yang berkaitan. |
party system | sistem parti | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem persaingan dan perkembangan parti politik dalam sesebuah negara. Pembentukan sesuatu sistem parti amat dipengaruhi oleh latar belakang masyarakat, ideologi dan sejarah perkembangan politik negara tersebut. Terdapat pelbagai jenis sistem parti antaranya ialah sistem satu parti yang menggambarkan hanya terdapat sebuah parti politik wujud dan dibenarkan seperti negara China. Sistem dua parti pula menggambarkan terdapat dua parti dominan yang silih berganti menguasai pemerintahan seperti yang terdapat di United Kingdom dan Australia dan sistem berbilang parti yang mempunyai banyak parti bersaing. Sistem berbilang parti ini memungkinkan hanya sebuah parti yang akan menang dan menguasai pemerintahan seperti di Itali. Sistem parti di Malaysia dan Singapura bersifat satu parti dominan apabila hanya parti yang sama menang dalam setiap pilihan raya walaupun terdapat banyak parti bersaing. Parti yang menang ini merupakan parti yang menjadi pilihan rakyat. |
inverted logo | logo songsang | Penerbitan | Tiada | Logo yang mempunyai beberapa elemen berwarna dan beberapa elemen berwarna putih. Jenis logo ini berguna untuk diletakkan di atas latar belakang berwarna atau foto. |
symbolization | pensimbolan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Suatu keadaan yang memperlihatkan tindakan penggunaan simbol oleh sesuatu badan, kelompok atau individu. Lambang digunakan sepenuhnya untuk menyatakan hasrat atau latar belakang perjuangan supaya lebih mudah dikenali kelak. Dengan meletakkan suatu simbol seperti gambar, tulisan, logo, bentuk, warna pakaian, lukisan atau ritual, sesuatu pihak itu akan lebih mudah dikenali tanpa mengira perjuangannya bersifat baik atau buruk. Contohnya, bendera bagi setiap negara merupakan simbol semangat nasionalisme bagi setiap rakyat, pakaian berjubah putih dengan menutup seluruh kepala pula merupakan pakaian kelompok Ku Klux Klan yang melambangkan kebencian mereka kepada orang bukan kulit putih. Sinonim perlambangan. |