Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata latihan;


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
random practicepraktis rawakSains SukanBiomekanikKaedah latihan yang menumpukan aspek kemahiran dalam satu sesi latihan. Kaedah latihan ini memerlukan individu melakukan pelbagai lakuan dalam urutan yang rawak agar tiada pengulangan sesuatu lakuan. Contohnya, mengajar servis pendek, servis lob dan servis kilas dalam permainan badminton.
National Dual Training System (NDTS)Sistem Dwilatihan KebangsaanPengurusanTiadaLatihan kemahiran berorientasikan industri yang melibatkan dua situasi pembelajaran, iaitu latihan praktikal di syarikat dan latihan teori di Pusat Latihan NDTS.
trained personnelindividu terlatihHerbaPeraturan dan PemasaranSeseorang yang telah menerima latihan teori, amali dan latihan lain yang bersesuaian dan relevan dengan tugasnya. Latihan berterusan perlu diberikan dan keberkesanannya disemak secara berkala bagi memastikan kompetensi individu terlatih berada pada tahap yang baik.
reversibility principleprinsip kebolehbalikanSains SukanBiomekanikPrinsip yang menyatakan bahawa kebolehbalikan latihan akan berlaku apabila atlet berhenti berlatih selepas 72 jam sesi latihan terakhir. Hal ini bermakna, tahap kecergasan atlet akan mula menurun ke tahap kecergasan seperti sebelum latihan. Atlet perlu merancang masa latihan dan rehat yang sesuai supaya kesan kebolehbalikan yang merugikan tahap kecergasan tidak menjejaskan kesan latihan yang terdahulu.
web-based training (WBT)latihan berasaskan web (WBT)Teknologi Maklumate-PembelajaranPendekatan latihan yang menggunakan kandungan web sebagai sumber untuk tujuan penyampaian kandungan dan menjalankan aktiviti-aktiviti latihan.
blocked practicepraktis blokSains SukanBiomekanikKaedah yang menumpukan satu aspek kemahiran sahaja dalam satu sesi latihan. Dalam sesi latihan ini, hanya satu kemahiran sahaja yang dilakukan seperti melakukan servis pendek dalam permainan badminton. Kemahiran lain seperti servis lob, servis kilas dan sebagainya tidak diajar.
criterion referenced instruction (CRI)pengajaran berpandukan kriteria (CRI)Teknologi Maklumate-PembelajaranPendekatan pengajaran yang memperincikan set kaedah mereka bentuk dan penyampaian pengajaran khususnya latihan. Pembelajaran atau latihan dalam talian berasaskan CRI biasanya mampu diri dan kaya sumber media. Pada akhir pembelajaran, pelajar dikehendaki menduduki ujian kecekapan berasaskan kriteria yang ditetapkan bersesuaian dengan idea utama CRI, iaitu pembelajaran penguasaan dan pengajaran berorientasikan prestasi. Biasanya, CRI diguna pakai dalam pembelajaran atau latihan teknikal bersesuaian dengan objektif pengajaran yang diterbitkan daripada kriteria prestasi kerja dan kecekapan yang perlu dikuasai.
cross-traininglatihan silangPelanconganTiadaLatihan yang memberikan pelbagai pendedahan kepada staf untuk meningkatkan kemahiran dan keterampilan.
auditory traininglatihan auditoriSains KesihatanTiadaLatihan yang dirancang untuk meningkatkan keupayaan sistem auditori.
circuit traininglatihan litarSukanLumba BasikalLatihan jasmani secara pusingan yang terdiri daripada pelbagai senaman,dalam jangka masa yang ditentukan.
12345678

Kembali ke atas