ocean ridge | permatang lautan | Sains Marin | Tiada | Permatang gunung bawah laut yang selanjar melalui Lautan Atlantik Utara dan Selatan serta Lautan Hindi dan Lautan Pasifik Selatan yang aktif volkanik dan dijana oleh aktiviti plat tektonik. Permatang lautan jenis ini dicirikan oleh pemisahan dasar lautan. |
oceanic crust | kerak lautan | Sains Marin | Tiada | Lapisan paling atas bahagian lautan plat tektonik yang terdiri daripada kerak lautan atas dan kerangka lautan yang lebih rendah. Jisim batuan igneus yang tebal terletak di bawah lantai lautan di antara jarak 6 km yang terdiri daripada beberapa lapisan. Lapisan paling atas tebalnya 500 m. Bahagian kerak bumi yang agak tipis mendasari lembangan lautan yang secara geologinya lebih muda berbanding dengan kerak benua dan terdiri daripada batuan basalt yang dilitupi oleh sedimen. |
ocean floor | dasar lautan | Sains Marin | Tiada | Kawasan keseluruhan dasar laut di bawah aras air surut dan terbahagi kepada dua, iaitu lembangan lautan dan pinggir benua. Dasar lautan juga merujuk keseluruhan dasar laut di bawah tikas air surut. Kebanyakan lautan mempunyai ciri-ciri struktur yang umum yang dihasilkan oleh fenomena fizikal yang kebanyakannya hasil pergerakan tektonik dan sedimen daripada pelbagai sumber. |
interoceanic canal | terusan antara laut | Sains Marin | Tiada | Alur buatan yang terbuka bagi menghubungkan dua lautan (contohnya Terusan Panama yang menghubungkan Lautan Atlantik dan Pasifik). Projek terbaharu yang bakal dilaksanakan ialah Terusan Nicaragua yang menghubungkan Laut Carribbean dengan Lautan Pasifik. Namun, pembinaan terusan tersebut masih dalam persoalan disebabkan oleh masalah kewangan dan masalah alam sekitar yang dikhuatiri oleh ahli sains kerana pembinaan terusan tersebut mengancam ekosistem Tasik Nicaragua yang juga merupakan kawasan tadahan air yang utama untuk Amerika Tengah. |
accretionary ridge | permatang akretan | Sains Marin | Tiada | Sedimen dan serpihan batu yang telah terkumpul apabila plat lautan turun memenuhi plat utama (lautan atau benua) di zon subduksi. Sedimen atau serpihan batu di permatang ini kebanyakannya sedimen marin dikikis dari plat lautan yang menurun. |
ocean basin | lembangan lautan | Sains Marin | Tiada | Bahagian lantai lautan yang terletak lebih daripada 3000-5000 m di bawah aras laut. Ciri-ciri geomorfologinya seperti lubuk, gunung laut atau guyot. |
ocean current | arus lautan | Sains Marin | Tiada | Pergerakan air laut yang mengalir di lautan, sama ada secara tetap atau berterusan. Arus ini dijana daripada daya yang bertindak pada air seperti faktor putaran bumi, angin, suhu, perbezaan kemasinan dan pengaruh graviti bulan. |
abyssal plain | dataran abis | Sains Marin | Tiada | Kawasan yang besar dan luas di dasar lautan yang ditutupi oleh sedimen. Umumnya, dataran abis merupakan kawasan datar di dasar lautan yang kebiasaannya pada kedalaman 3000-6000 m. Dataran abis juga meliputi hampir 50% permukaan bumi dan merupakan lembangan lautan yang paling kurang diterokai oleh penyelidik. |
compensation depth | kedalaman pampasan | Sains Marin | Tiada | Kedalaman di lautan yang berlaku dalam turus air lautan yang kadar penghasilan unsur kalsitnya (contohnya, kalsium karbonat) berkurangan berbanding dengan kadar kelarutan yang berlaku (contohnya, tiada kalsium karbonat yang mendak di dasar laut). |
oceanography | oseonografi | Sains Marin | Tiada | Kajian tentang laut dan lautan termasuk sains marin yang berhubung dengan sempadan lautan dan topografi dasar laut, fizik dan kimia air laut, jenis arus dan berbagai-bagai fasa biologi marin. |