Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lautan 1


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
abyssabisSains MarinTiada1. Jurang atau palung lautan yang sangat dalam biasanya melebihi 4000 m. 2. Ceruk dalam yang mengunjur di bawah lantai gua.Sinonim tubir.
radiolarian oozooz radiolariaSains MarinTiada1. Ooz bersilika lautan dalam yang mengandungi sisa protozoa radiolaria. 2. Endapan pelagik laut dalam yang mengandungi sekurang- kurangnya 30% testa opal-silika radiolaria.
aphotic zonezon afotikSains MarinTiadaBahagian atau zon kedalaman lautan yang tidak menerima cahaya matahari langsung, atau hanya menerima sedikit cahaya (< 1%). Zon afotik berada di bawah dari zon fotik dan mengunjur ke bawah sehingga ke dasar lautan. Disebabkan ketiadaan cahaya, bioluminasi adalah satu-satunya sumber cahaya yang ada, dan digunakan oleh sebahagian organisma untuk mencari makanan, sebagai perlindungan dan untuk berinteraksi sesama spesies. Organisma yang agak pelik dan unik seperti sotong gergasi, isopod gergasi, ikan pemancing (Angler fish) sotong vampir dan sebagainya mendiami zon ini.
abyssal bed formbentuk dasar abisSains MarinTiadaBahagian lantai lautan yang sangat rata yang terdiri daripada endapan di dasar laut yang paling dalam. Kecerunan di bahagian ini kurang daripada 1:1000. Ia merupakan morfologi kawasan lantai lautan di kawasan abis.
radiolarianradiolariaSains MarinTiadaProtozoa berdiameter 0.1-0.2 mm yang menghasilkan rangka mineral kompleks. Rangka tersebut dipanggil "testa" dan biasanya terhasil daripada silika. Radiolaria biasanya mempunyai kapsul tengah yang membahagikan sel kepada bahagian dalaman dan bahagian luaran endoplasma dan ektoplasma. Radiolaria sebahagian daripada komuniti zooplankton dan boleh dijumpai di seluruh lautan dan tinggalan rangka radiolaria ini membentuk ooz bersilika yang menutupi sebahagian besar dasar laut. Radiolaria juga penting sebagai fosil diagnostik yang ditemui dari zaman Cambrian dan selepasnya. Beberapa fosil radiolaria yang biasa ditemui termasuk Actinomma, Heliosphaera dan Hexadoridium.

Kembali ke atas