layang-layang | layang-layang | Kesenian | Tiada | 1. Alat permainan daripada kertas atau gentian atau kain, berangka daripada buluh atau gentian, berkepala, bersayap, berekor dan betali teraju, terdapat dalam berbagai-bagai bentuk dan nama serta boleh diterbangkan dengan bantuan angin. |
wau | wau | Kesenian | Tiada | 1. Alat permainan daripada kertas atau gentian atau kain, berangka daripada buluh atau gentian, berkepala, bersayap, berekor dan bertali teraju, terdapat dalam berbagai-bagai bentuk dan nama serta diterbangkan dengan bantuan angin. Dikenali juga dengan nama layang-layang terutama di Johor, Negeri Sembilan dan Selangor. |
fly fishing line | tali pancing layang | Perikanan | Tiada | Tali pancing bersaiz besar yang agak berat tetapi berupaya terapung di atas air. Tali pancing layang digunakan untuk memancing di kawasan air deras atau tasik. Ketebalan tali akan menghasilkan daya pemberat semasa lontaran ke lokasi sasaran. Sejarah awal tali pancing layang diperbuat daripada sutera, tetapi kini ia diperbuat daripada bahan filamen sintetik yang bergaris pusat antara 1.5 mm hingga 2 mm. Sinonim tali layang. |
sink tip | tikas tenggelam | Perikanan | Tiada | 1.����� Bahagian hujung tali pancing layang yang mudah tenggelam. Tali pancing sedemikian digunakan untuk memancing ikan di bawah permukaan air. 2. Kawasan sempit di antara tikas air pasang dengan air surut yang menjadi tempat tumpuan pemancing. 3. Jajaran sungai yang mempunyai sedikit arus. Jajaran ini menjadi tempat tumpuan pemancing kerana terdapat banyak ikan. Contohnya, di empangan. |