monolithic catalytic converter | penukar bermangkin monolitik | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Penukar bermangkin yang mempunyai bahagian laluan udara yang berbentuk indung madu atau sarang lebah yang diperbuat daripada seramik. Struktur ini menyediakan permukaan yang disaluti unsur pemangkin yang luas. Konfigurasi ini menghasilkan tindak balas kimia gas ekzos yang lebih cekap dan laluan gas ekzos yang lebih lancar dan kurang kehilangan tekanan. Sinonim penukar monolitik Banding penukar bermangkin lapisan berpelet. |
wax | lilin | Herba | Tiada | Bahan pepejal atau separa pepejal pada suhu bilik dan tidak larut dalam air. Lilin diperoleh daripada tumbuhan atau haiwan. Lilin membentuk lapisan pelindung tidak telus air pada daun, batang, buah, bulu haiwan dan intergumen serangga dan digunakan sebagai bahan tambahan farmaseutikal. Contohnya, lilin lebah kuning yang diperoleh daripada sarang lebah (Apis mellifera) dan lilin karnuba daripada daun Copernicia cerifera. |
open couplet | kuplet terbuka | Kesusasteraan | Puisi | Sajak yang tidak dapat berdiri sendiri terutama dari segi makna. Baris terakhir dalam sesuatu bait itu mempunyai hubungan makna dengan bait sebelum atau bait berikutnya. Pantun berkait yang baitnya terdiri daripada dua baris saja dapat dijadikan contoh kuplet terbuka. Contohnya, seperti pantun berkait di bawah. Lebah terbebar terbang sekawan, Hinggap di celah kayu berduri; Alangkah cabar rupanya tuan, Dagangan indah tidak terbeli. Hinggap di celah kayu berduri, Kepayang tumbuh di dalam dulang; Dagangan indah tidak terbeli, Sayang sungguh nyawanya hilang. |
ester value | nilai ester | Herba | Tiada | Nombor yang menyatakan jumlah dalam miligram kalium hidroksida yang perlu untuk mensaponifikasi ester bagi satu gram bahan herba. Nilai ester merupakan ukuran kandungan trigliserida yang terdapat dalam minyak, lemak dan lilin daripada bahan mentah atau sediaan herba. Nilai ini diperoleh daripada perbezaan antara nilai asid daripada nilai saponifikasi. Contohnya, British Pharmacopoeia mengehadkan nilai ester piawai bagi lilin lebah putih dan kuning di antara 70-80 dan minyak buah pelaga di antara 90-156. Lihat nilai asid, nilai saponifikasi. |
acid value | nilai asid | Herba | Tiada | Nombor yang menyatakan jumlah dalam miligram kalium hidroksida yang diperlukan untuk meneutralkan asid bebas bagi satu gram bahan herba. Nilai ini merupakan ukuran kandungan asid karboksilik yang terdapat dalam asid lemak bebas dan menandakan tahap ketengikan minyak, lemak dan lilin daripada bahan mentah dan sediaan herba. Sejumlah berat bahan herba dilarutkan dalam pelarut organik dan hasilan dititrat dengan kalium hidroksida menggunakan fenolftalein sebagai indikator. Nilai diperoleh daripada ungkapan 5.610v/w, iaitu v ialah isi padu kalium hidroksida dan w ialah berat asal bahan herba. Contohnya, British Pharmacopoeia mengehadkan nilai asid piawai bagi sediaan titisan telinga mengandungi minyak zaitun dara tidak melebihi 2.0, lemak keras tidak melebihi 0.5 dan lilin lebah putih di antara 17.0-24.0. |