Raman effect | kesan Raman | Kimia | Kimia Analisis | Penyerakan cahaya oleh suatu bahan yang berlaku kepada frekuensi yang lebih tinggi dan lebih rendah daripada frekuensi asal tetapi dengan keamatan yang jauh lebih kecil iaitu sekitar 0.01% daripada keamatan cahaya asal. Perbezaan frekuensi cahaya terserak ini dengan frekuensi cahaya asal adalah sama dengan frekuensi getaran sebenar bahan itu. bd. penyerakan Rayleigh. |
variant | varian | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Jenis virus berlainan yang dibangunkan berasaskan kod atur cara, fungsi, atau kemudahan yang dibawa oleh virus asal. Virus asal diubah suai supaya virus baru ini lebih sukar dikesan, lebih cepat merebak atau lebih berbahaya. |
novelette | novelet | Kesusasteraan | Tiada | Prosa cereka yang lebih panjang dan agak lebih kompleks daripada cerpen, tetapi tidaklah sepanjang novel. |
hybrid vigour | kecergasan hibrid | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Kecenderungan haiwan daripada hasil kacukan menunjukkan kualiti yang lebih tinggi berbanding dengan induknya. Contoh haiwan yang mempunyai kecergasan hibrid selalunya bersaiz lebih besar atau lebih tinggi daripada induk betina atau jantan. |
heterosis | heterosis | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Anak kacukan yang mempunyai satu atau lebih trait yang lebih baik daripada prestasi purata kedua-dua induknya. |
upper case | huruf besar | - | Tiada | Huruf yang fonnya sama saiz dengan huruf kecil tetapi ukurannya lebih panjang dan lebih besar. Banding lower case. |
lower case | huruf kecil | - | Tiada | Huruf yang fonnya sama saiz dengan huruf besar tetapi ukurannya lebih pendek dan lebih kecil. Banding upper case. |
chemical pulping | pempulpaan kimia | Buluh | Tiada | Pempulpaan menggunakan bahan kimia seperti sulfat dan sulfit, bagi menghasilkan pulpa yang lebih kuat dan lebih bersih. |
anticlimax | antiklimaks | Kesusasteraan | Tiada | Perubahan secara tiba-tiba yang berlaku di akhir sesuatu tulisan (naratif atau deskriptif) atau percakapan, daripada idea yang lebih penting atau serius kepada sesuatu yang biasa, remeh-temeh atau melucukan. Istilah ini biasanya dihubungkan dengan kesan yang dialami oleh pembaca pada ketika sesuatu kejadian atau kisah itu diharapkannya akan menjadi suatu peristiwa yang lebih menarik, lebih hebat, lebih serius atau seumpamanya, tetapi pada akhirnya yang berlaku adalah sebaliknya. Antiklimaks mungkin mendatangkan kekuatan atau kelemahan kepada sesuatu kisah, bergantung pada sama ada ia dilakukan dengan sengaja atau tidak. Unsur ini mungkin dilakukan secara mendadak atau dengan menyusun cerita secara perlahan-lahan dan mengubahnya daripada penumpuan dan jangkaan sebenar pembaca. |
heat range | julat haba | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Ukuran keupayaan palam pencucuh untuk memindahkan haba dari hujung badan penebat ke bahagian dalam kepala silinder. Julat ini ditentukan oleh jarak antara dua kedudukan tersebut. Jarak ini juga menentukan jenis palam pencucuh, iaitu sekiranya jarak tersebut lebih panjang, palam akan lebih panas dan sekiranya jarak lebih pendek, palam akan lebih sejuk. |