Definisi : (léga); melega tunduk (menyembah, memberi hormat): dilega sembah di kiri dilenggok pula sebelah kanan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : 1. tidak sempit (kawasan, ruang, dll), luas, lapang: rumah besar yg ~; 2. = ~ dada (hati) tenteram perasaan (fikiran dll), aman, senang: drpd kata-kata ibunya itu ~ sedikit rasa hatinya; 3. lapang (waktu), tidak sibuk: kalau ada masa yg ~ , jemputlah ke rumah; 4. agak pulih (drpd sakit), beransur sembuh; melegakan 1. menjadikan lega (tempat), melapangkan, meluaskan; 2. = ~ dada (perasaan) menenteramkan hati (fikiran dll): jururawat itulah sahaja yg dapat ~ perasaannya; 3. menjadikan berkurang (bkn rasa sakit dsb): ubat itu ternyata dapat ~ sakit sendi yg dihidapinya; terlega menjadi lega: kegusarannya ~ di kamar ini; kelegaan perihal lega, ketenteraman hati (fikiran dll): rancangannya itu akan mendatangkan ~ kpd pekebun-pekebun kecil; pelegaan perbuatan atau usaha utk melegakan (kesakitan, kerunsingan dsb): ~ sakit secara menyeluruh dilaporkan bagi 87% pesakit; pelega sesuatu (ubat dsb) yg melegakan (rasa sakit dsb): ubat ~ sakit perut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : 1 tidak sempit (bkn kawasan); lapang: Rumah emaknya besar dan ~. 2 senang dan tenteram (bkn fikiran, hati); tidak sesak (bkn nafas, kehidupan): ~ rasa hatinya apabila mengetahui bahawa suaminya sudah selamat. 3 tidak sibuk; lapang (bkn waktu): Apabila ada masa ~ nanti, saya akan pergi ke rumah awak. melegakan 1 menyebabkan sesuatu menjadi lega; meluaskan (kawasan, ruang); melapangkan. 2 menyenangkan (fikiran, hati); menenteramkan: Nasihat neneknya telah ~ perasaan Aminah. kelegaan 1 keadaan lega; ketenteraman (fikiran, hati); kesenangan (hidup). 2 ruang yg terbatas besarnya utk meluluskan pergerakan atau laluan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)