Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.kap] | لکڤ

Definisi : lekat (rapat sekali), merapat, me­nempel; melekap 1. melekat (pd), tertampal (pd): kedua-dua tapak tangannya ~ ke daun pintu; 2. merapat, mendekat: muka anak itu ~ di dada ibunya; melekapkan 1. menjadikan melekap, mele­katkan, menampalkan (gambar dll): ~ ubat ke tempat yg luka; 2. merapatkan, mendekat­kan, mendempetkan: kepalanya dilekapkan­nya ke dada ayahnya; 3. ki memasangkan atau mengenakan sesuatu (pakaian dll); terlekap terlekat pd, tertampal pd, dlm keadaan yg melekap; pelekapan perihal (proses, perbuatan dsb) melekap atau melekapkan; pelekap anggota (pd beberapa jenis ikan dan serangga) utk mendakap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.kap] | لکڤ

Definisi : ; ~-lekup bunyi spt bunyi kayu patah dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.kap] | لکڤ

Definisi : sj burung, Certhia spp.; ~ batu, Certhia familiaris; ~ gunung, Certhia nepalensis; ~ tanah, Certhia discolor; ~ tualang, Certhia himalayana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.kap] | لکڤ

Definisi : ; melekap 1 melekat; menempel: Cicak dpt ~ di dinding. 2 tidak berenggang; berdekatan: Jika ada tetamu, anak itu asyik ~ pd emaknya. melekapkan 1 menjadikan sesuatu melekap; melekatkan: Ia ~ gambar itu ke dlm albumnya. 2 mendekatkan; merapatkan: Ia ~ telinganya ke dinding utk mendengar perbualan ayahnya. lekapan sesuatu yg melekap; sesuatu yg dilekapkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lekap
Kata Terbitan : melekap, melekapkan, terlekap,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hamming machinemesin lekapKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat untuk menyambung dua kepingan logam.
patch antennaantena lekapTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaTiada
suction cup hookcangkuk lekapPentadbiran PerniagaanTiadaPencangkuk yang dilekatkan pada sesuatu permukaan dengan menggunakan tekanan udara untuk menyangkut sesuatu benda.
pastedown end paperkertas lapik kulit lekap-TiadaBahagian kertas lapik kulit yang ditampal pada bahagian dalam kulit depan dan bahagian dalam kulit belakang sesebuah buku kulit keras. Banding loose end paper.
built-interbina dalamKesenianHiasan DalamanPerabot, seperti tempat letak buku, kabinet atau tempat duduk yang dipasang lekap tetap. Binaan perabot ini bergantung kepada saiz bukaan yang sedia ada pada tapak atau ruang binaan.

Kembali ke atas