Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.las] | للس

Definisi : 1. licin atau rata (kerana diparas, dipotong, dsb); 2. terkupas kulit (kerana tergesel dsb), lecet; melelas 1. menjadi licin atau rata (spt diparas atau dipotong); 2. mengelupas kulit (kerana tergesel dsb), melecet; melelaskan 1. menjadikan licin atau rata, memaras; ~ balung ayam memotong balung ayam licin-licin; 2. menggosokkan sesuatu hingga licin; 3. menyebabkan lelas (lecet), melecetkan; pelelas sesuatu yg digunakan utk melicinkan, pelicin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.las] | للس

Definisi : 1 licin kerana digosok (dihiris atau dipotong). 2 terkupas kulit kerana tergesek dll. melelas 1 menjadi licin atau rata. 2 mengelupas (kulit); melecet. melelaskan 1 menjadikan licin atau rata: ~ balung ayam memotong balung ayam licin-licin. 2 menggosok hingga licin. 3 menyebabkan menjadi lelas (terkelupas kulit dll): Kasut baru ~ kakinya. lelasan kawasan pd tubuh yg terkupas kulit kerana tergesek dsb: Terdapat luka dan ~ pd tubuh mangsa. pelelasan perihal, perbuatan dsb melelas atau melelaskan. pelelas sesuatu yg digunakan utk melelaskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lelas
Rujuk :lecet


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
abrasion testujian lelasKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaUjian untuk menentukan takat lelas cat
abrasion resistant materialbahan tahan lelasKesenianHiasan DalamanBahan tahan lasak seperti getah, logam, seramik atau kayu yang mampu menahan geseran dan kakisan akibat hentakan atau penggunaan yang berterusan. Contohnya, logam atau getah di dinding koridor hospital untuk mengelakkan kerosakan akibat geseran troli.
vulneraryvulneraryHerbaTiadaHerba yang membantu penyembuhan luka, lelas dan lecet. Contoh herba ini ialah lidah buaya, bawang putih, lada benggala dan paprika.
vulneraryvulnerariHerbaPemiawaianEkstrak herba yang membantu penyembuhan luka, lelas dan lecet. Contohnya, lidah buaya (Aloe vera) dan senduduk (Melastoma malabathricum).

Kembali ke atas