[le.lua.sa] | للواسا
Definisi : 1. tidak terbatas atau tersekat-sekat (kelakuan, perbuatan, dsb), bebas: bilakah kita akan bertemu pula dgn ~? 2. lapang (kawasan dll), terbuka, luas; berleluasa berbuat sesuatu dgn bebas atau sesuka hati: pd suatu masa pencuri dan penyamun ~ dlm negeri Melaka; keleluasaan perihal leluasa (pergerakan, kelakuan, dsb), kebebasan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[le.lua.sa] | للواسا
Definisi : 1 tidak tersekat atau tidak terbatas (bkn kuasa, kelakuan dll); boleh melakukan sesuatu sesuka hati; bebas: Kami di sini tidak boleh bergerak dgn ~. 2 lapang (bkn kawasan): Padang ini sangat ~. berleluasa berbuat sesuatu dgn bebas (sesuka hati): Penyamun ~ di kampung itu. keleluasaan keadaan leluasa; kebebasan (bergerak, bertindak dll): Ia diberi ~ di kawasan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)