Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.lu.con] | للوچون

Definisi : Jw kelakar atau jenaka (cerita dsb), lawak, kelucuan: dicubanya juga membuat ~ tetapi hambar; berlelucon berkelakar, berjenaka, berlawak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.lu.con] | للوچون

Definisi : sesuatu (percakapan, cerita dsb) yg menggelikan hati; jenaka; lawak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lelucon
Rujuk :lucu


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
foolperanKesusasteraanTiadaPelawak atau pemain sandiwara. Watak pelawak digambarkan berkhidmat sebagai teman, pelindung, dan penasihat kepada raja serta putera raja. Dalam makyung, terdapat dua jenis peran, iaitu Peran Muda dan Peran Tua. Peran Tua diberi penghormatan yang setara dengan Semar, iaitu watak lelucon dalam teater tradisional Jawa yang mempunyai kesaktian dan kepintaran. Dengan kelebihan tersebut, Peran Tua menggunakan mantera untuk menguasai alam ghaib bagi melindungi rajanya.

Kembali ke atas