carbon dioxide retention | retensi karbon dioksida | Perubatan | Tiada | Akumulasi gas karbon dioksida dalam darah arteri. Julat tekanan separa atau tegangan ialah 35 mmHg hingga 45 mmHg. Keadaan ini boleh menyebabkan bertambahnya kadar denyutan jantung, hipertensi, pesakit menjadi lemah, lesu dan pengsan. |
aminopyrine poisoning | keracunan aminopirina | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pengingesan atau pemasukan melalui rektum aminopirina. Tanda utama keracunan ialah gangguan mental dan leukopenia. Keracunan akut menyebabkan pening, gangguan mental, sianosis, loya dan muntah, sakit epigastrik, tinitus, kesukaran mendengar, dan koma berserta kekejangan dan nadi lemah. Keracunan kronik mengakibatkan agranulositosis. Gejalanya ialah demam, sakit tekak, ulser pada membran mukus dan tersangat lesu. Penemuan patologi dalam kes maut akibat keracunan akut termasuk kemerosotan buah pinggang, hati dan otak. Lihat juga aminopirina. |