Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.ma/] | لمق

Definisi : 1. sj zat minyak pd binatang (melekat pd daging), gemuk binatang: di bawah kulitnya terletak selapis ~ yg memanaskan badannya; ~ kambing; 2. = berlemak mengandungi lemak atau minyak: ikan dimasak ~; gulai ~; kerbau mandul banyak ~; 3. Mn sedap atau enak (rasa, pendengaran, dll): ~ lauk dikunyah-kunyah, ~ kata disebut-sebut; ~ santan, manis gula tidak sedar racun bermain; ~ ketam warna kejingga-jinggaan; ~ tulang sumsum dlm tulang; ~ penyelar daging prb memboroskan harta benda tuannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.ma/] | لمق

Definisi : sj ikan darat, kap, Labeobarbus ocellatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.ma/] | لمق

Definisi : ; ~ batu a) sj tumbuhan (pokok), ekor kucing, meroyan kerbau, sembung merah, Didymocarpus crinitia; b) sj tumbuhan (pokok renek), gegunjah putih, Cyrtandra pilosa; ~ beruk sj tumbuhan (pokok renek), melukut, Uorphyllum glabrum; ~ itik sj tumbuhan (pokok), bolian, membaju, melima, Tarrietia simplicifolia; ~ kepiting (ketam) sj tumbuhan (rumpai), pulut-pulut, Melochia corchorifolia; ~ pahit sj tumbuhan (pokok memanjat), akar mambu, jemerah, mambu jantan, merambu, sekebah, Milettia sericea. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.ma/] | لمق

Definisi : 1 zat minyak berwarna keputih-putihan yg melekat pd daging haiwan. 2 terdapat lemak 1 atau terdapat minyak di dlmnya: nasi ~; ikan masak ~. 3 sedap atau enak (dirasa atau didengar). ~ ketam warna kuning kemerah-merahan. ~ tulang sumsum dlm tulang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lemak

Puisi
 

Lemak manis santan kelapa,
     Buah berangan dalam padi;
Hitam manis anak siapa,
     Rasa berkenan dalam hati.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Lemak manis pada dialah,
     pahit maung pada orang.

Bermaksud :

Orang yang hanya suka dipuji, tetapi tak suka dikritik.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
wool fatlemak bulu; lemak wulFarmasiTiadaTiada
wool fatlemak bulu; lemak wulPerubatanTiadaTiada
wool fatlemak bulu; lemak wulKimiaTiadaTiada
saturated fatty acidasid lemak tepuVeterinarTiadaAsid lemak yang mengandungi ikatan bon tunggal sahaja. Contohnya, asid lemak meruap yang mempunyai rantai karbon yang pendek seperti asid-asid formik (C1), asetik (C2), propionik (C3) dan butirik (C4) atau yang berantai karbon panjang seperti asid laurik (C12), palmitik (C16) dan stearik (C18). Asid yang berantai panjang mempunyai takat lebur yang tinggi melebihi 40° C dan dalam suhu bilik asid ini berada dalam bentuk beku.
fixed oilminyak tetapHerbaTiadaSejenis kelas lipid yang terdiri daripada komponen ester gliserol dan asid lemak. Pada suhu bilik minyak tetap terdapat dalam bentuk cecair kuning yang tidak meruap, pekat dan likat. Minyak tetap yang berbentuk pepejal atau separa pepejal pada suhu bilik disebut sebagai lemak. Asid lemak yang terdapat dalam minyak tetap mempunyai berat molekul tinggi jenis alifatik terutamanya palmitik, stearik dan oleik. Minyak tetap diperoleh melalui perahan atau pengekstrakan pelarut daripada suatu bahan herba. Minyak ini mempunyai nilai pemakanan dan digunakan sebagai bahan emolien dan demulsen dalam farmaseutikal dan kosmetik. Contohnya, minyak kelapa sawit diperoleh secara perahan daripada buah sawit.
polyunsaturated fatlemak politaktepuSains KesihatanTiadaLemak yang strukturnya mempunyai lebih daripada satu ikatan tidak tepu dalam rantai karbonnya.
saturated fatlemak tepuSains KesihatanTiadaLemak yang strukturnya tidak mempunyai ikatan rangkap.
mono-unsaturated fatlemak monotaktepuSains KesihatanTiadaLemak yang strukturnya mempunyai satu ikatan tidak tepu atau rangkap dua pada rantai karbonnya.
fat-controlled dietdiet lemak terkawalSains KesihatanTiadaDiet yang mengehadkan pengambilan lemak tidak melebihi 30% daripada jumlah kalori keseluruhan.
low-fat dietdiet rendah lemakSains KesihatanTiadaDiet yang mengandungi lemak tidak melebihi 30% daripada jumlah kalori keseluruhan.
1234567

Kembali ke atas