Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : lambat berfikir; tidak cekap atau tidak cergas (bkn fikiran); lembam: Pelajar yg ~ diberi kelas tambahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lembab

Peribahasa

Seperti beras lembab: dijual tak laku,
     ditanak tak muai.

Bermaksud :

Sesuatu yang tiada berharga dan kurang baik.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
wetlandtanah lembabKejuruteraanTiadaTiada
guttationgutasiBiologiFisiologiPembentukan titisan air pada tumbuh-tumbuhan daripada udara lembab; eksudasi (exudation) larutan cecair melalui sporangiofora, atau melalui nektar.
dry press processproses tekanan keringKejuruteraanKejuruteraan BangunanProses membuat bata daripada tanah liat atau syal yang masih lembab dengan cara mengenakan tekanan yang tinggi setelah tanah dimasukkan ke dalam acuan.
stiff mud processproses lumpur kukuhKejuruteraanKejuruteraan BangunanProses membuat bata dengan cara memotongnya dengan dawai ke atas turus tanah liat lembab yang disemperitkan keluar menerusi acuan segiempat tepat.
Curculigo latifoliaLembaPertanianTiadaTumbuhan ini juga dikenali sebagai lumbah. Herba dalam famili Hypoxidaceae ini tumbuh subur di kawasan hutan yang agak lembab dan terlindung. Bentuknya seperti anak pokok kelapa, daunnya berpelepah, lebar dan panjang. Menghasilkan bunga berwarna kuning yang terbit di pangkal batang berhampiran permukaan tanah. Buahnya yang telah masak boleh dimakan mentah. Ia mengakibatkan rasa manis dalam mulut. Akar herba ini digunakan sebagai bahan ubat untuk mengubati demam.
(Ig. …..KIV)rumput paritVeterinarTiadaRumput tempatan yang tahan lasak dan membiak dengan menggunakan umbisi. Rumput ini hidup subur di kawasan tanah liat yang lembab dan boleh juga hidup di kawasan berpasir. Hasil bahan keringnya rendah iaitu 6-10 tan/hektar/tahun manakala kandungan protein kasarnya juga rendah iaitu 7-9%. Rumput ini disyorkan bagi sistem penternakan dengan input yang rendah sama ada di bawah naungan atau di kawasan yang kurang subur tanpa memerlukan pembajaan tambahan. Rumput ini ditanam menggunakan tompokan berakar dan lebih dikenali sebagai rumput hiasan halaman. Nama saintifik: Axonopus compressus.
pemphigus foliaceuspemfigus foliaseusPerubatanTiadaSejenis penyakit pemfigus yang jarang terjadi. Bercirikan bula besar yang mengembang dengan cepat, akan pecah meninggalkan kawasan yang merah dan lembab. Cecair bula merupakan nanah yang berbau busuk.
algaealgaGeologiTiada1. Tumbuhan yang termasuk dalam subfilum Algae dari filum Talofita, yang mempunyai organ pembiakan satu sel yang melakukan fotosintesis mudah, terdapat di kawasan-kawasan lembab seperti batang pokok, dinding dan dalam tanih.
Tacca integrifoliaKeladi muraiPertanianTiadaHerba ini juga dikenali sebagai belimbing tanah. Tumbuhan dalam famili Taccaceae ini tidak berbatang dan tumbuh di kawasan hutan yang teduh dan lembab. Herba ini mempunyai umbisi dalam tanah. Daunnya lebar dan lembut. Mempunyai tangkai bunga yang panjang, bunganya besar berwarna ungu kehijauan. Buahnya berbentuk belimbing dan lembut. Buah masak berwarna hitam. Umbisinya digunakan sebagai bahan ubat untuk wanita lepas bersalin. Daunnya dibuat demah untuk mengecutkan rahim dan organ peranakan.
Oroxylum indicumBeka, bonglai kayu, kulaiPertanianTiadaTumbuhan jenis pokok dalam famili Bignonaceae juga dikenali sebagai bonglai kayu dan kulai. Tumbuhan ini biasanya tumbuh di tepi sungai dan kawasan lembab. Batangnya tegak dengan daunnya jenis bipinat tertumpu di bahagian hujung batang. Bunganya berbentuk corong, bersaiz besar dan berwarna putih. Tangkai bunganya tumbuh tegak di hujung batang. Buahnya jenis folikel dan bijinya leper bersayap putih. Akar dan kulit batangnya digunakan untuk mengubati masalah penghadaman, cirit-birit, sembelit, sakit perut dan sakit sendi. Daun digunakan untuk mengubati demam, sakit perut, bengkak otot dan sakit kepala. Bunga dan buah muda boleh dimakan sebagai sayur dan ulam.
123

Kembali ke atas