Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.ngan] | لڠن

Definisi : 1. bahagian badan dr bahu hingga ke pergelangan tangan: ~nya berbulu; tulang ~ atas anggota di antara siku dgn bahu; 2. kaki hadapan (bagi binatang berkaki empat); 3. bahagian benda (baju, dacing, dll) yg menye­rupai lengan; ~ baju bahagian baju yg menutupi lengan; ~ bawah anggota antara siku dgn pergelangan tangan; ~ raglan lengan yg sampai ke garis leher yg kelimnya menyerong dr bawah lengan ke leher; ~ sudut dua garisan yg mengandungi sesuatu sudut; berbantalkan ~ ki a) perihal terlalu miskin; b) bermesra-mesra dgn kekasih; dipegang ~ sudah bak ~, dipegang betis sudah bak betis = dikacak betis sudah bak betis, dikacak ~ sudah bak ~ prb perihal angkuh atau sombongnya seseorang; berlengan 1. mempunyai lengan: blaus ~ panjang; 2. ki berkelahi dsb dgn meninju, bertumbuk: dia sedia ~ jika dicabar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.ngan] | لڠن

Definisi : 1 bahagian anggota badan dr bahu hingga ke pergelangan tangan: ~ depan bahagian lengan dr siku ke pergelangan tangan; pangkal ~ bahagian lengan atas dr siku. 2 bahagian drpd sesuatu (spt pd baju, dacing) yg menyerupai lengan 1: ~ baju bahagian baju yg menutupi lengan. 3 kaki hadapan (bagi binatang yg berkaki empat). 4 garisan yg membentuk sudut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lengan

Puisi
 

Anak beruk sebesar lengan,
     Mari dibungkus tudung kain;
Sungguhpun buruk hatiku berkenan,
     Tidak boleh ditukar lain.


Lihat selanjutnya...(19)
Peribahasa

Dikacak betis sudah bak betis,
     dikacak lengan sudah bak lengan.

Bermaksud :

Orang yang menyangka dirinya telah cukup kuat (tentang wang atau akal) sehingga tidak perlu meminta bantuan daripada orang lain lagi; angkuh dan sombong. dikacak = dipegang.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tie rodsrod penghubungKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaRod yang terdapat pada sistem stereng, yang menghubungkan lengan pitman dengan lengan sendi buku stereng.
pushrodrod tunjalKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBatang logam yang terletak di antara pengangkat injap dengan lengan jumpelang, untuk menolak lengan jumpelang.
breaker armlengan pemutusKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaLengan yang bertitik sentuh di bahagian hujungnya dan berfungsi sebagai pemutus litar.
steering armlengan sterengKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaLengan yang dipasang pada bahagian sendi buku stereng, yang akan memusingkan sendi buku dan roda bagi mengemudi kenderaan.
arm coverpenutup lenganKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPelindung lengan untuk mengelakkan percikan bunga api ketika mengimpal.
epicondylitisepikondilitisSains SukanBiomekanikRadang tisu kolagen yang berlaku di bahagian distal humerus (lengan). Radang ini dipercayai diakibatkan oleh pergerakan lengan yang berulang-ulang dan penggunaan yang berlebihan. Contohnya, perbuatan menggenggam raket tenis dengan terlalu kuat dan memukul bola tenis berulang-ulang kali sepanjang permainan boleh memberikan tekanan berlebihan kepada otot lengan.
suspension armlengan gantunganKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBatang logam yang terdapat pada sistem gantungan depan kenderaan, salah satu lengan dipangsi pada bahagian rangka kenderaan dan bahagian hujung yang satu lagi pada penyokong sendi buku stereng.
rocker armlengan anggukKejuruteraan AutomotifEnjinKomponen yang mempunyai penyangga di tengah, dan kedua- dua hujungnya bergerak turun naik. Lengan angguk ditolak oleh aci sesondol di satu hujungnya, manakala hujung yang lain digunakan untuk menggerakkan alat yang dipacu. Komponen ini merupakan sebahagian daripada rangkaian injap yang mengawal buka-tutup injap pengambilan dan ekzos dalam en- jin. Komponen ini juga terdapat dalam pam bahan api mekanik untuk menggerakkan diafragma pam. Walau bagaimanapun, penggunaan komponen ini berkurangan dalam kebanyakan enjin semasa, untuk mengurangkan kehilangan geseran dan meningkatkan kecekapan mekanik.
pushrodrod tunjalKejuruteraan AutomotifEnjinBatang logam yang terletak di antara pengangkat injap dengan lengan angguk. Rod tunjal digunakan pada enjin aci sesondol sisi untuk menolak lengan angguk dan seterusnya mengawal buka-tutup injap.
control armlengan kawalanKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBahagian sistem gantungan yang digunakan untuk mengawal pergerakan roda dengan lebih tepat.
1234

Kembali ke atas