Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[leng.kung] | لڠکوڠ

Definisi : lengkok, kelok, berkelok atau ber­lengkok: ~ pintu gerbang itu diperbuat drpd buluh; melengkung, terlengkung berkelok spt bahagian drpd sesuatu bulatan, membengkok: misainya diputar-putarkan juga semakin tajam dan semakin ~ ke atas; melengkungi melingkungi, mengelilingi: balai itu dilengkungi oleh pagar dawai berduri; melengkungkan mengelokkan (garisan, dawai, dll), membengkokkan: siapa pula yg sanggup ~ batang besi yg sebesar itu; lengkungan 1. tempat (pd garisan, besi, dawai, dll) yg melengkung: ~ pelangi yg saya lihat itu pendek sahaja; ~ yg terdapat pd dawai itu tidak mudah diluruskan; 2. = pelengkung sesuatu (perhiasan, pintu gerbang, dll) yg bentuknya melengkung; kelengkungan keadaan melengkung; pelengkungan perihal (proses atau perbuatan) melengkung atau melengkungkan: proses pelenturan, ~ dan peretakan kerak bumi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[leng.kung] | لڠکوڠ

Definisi : bunyi spt bunyi benda keras dipalu, dengkung; lengkung-lengkung bunyi dengkung yg ber­talu-talu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[leng.kung] | لڠکوڠ

Definisi : kelok atau sesuatu yg berkelok bentuknya. melengkung berkelok spt selekoh; membengkok; garis ~. melengkungi melengkung pd sesuatu; melingkungi: Kawat berduri ~ kolam itu. melengkungkan melenturkan sesuatu supaya melengkung; mengelokkan: Ia ~ buluh itu utk dijadikan busur. lengkungan sesuatu yg bentuknya melengkung: ~ insang ikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lengkung
Kata Terbitan : melengkung, melengkungi, melengkungkan, lengkungan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
demagnetization curvelengkung penyahmagnetanNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanLengkung yang memberikan maklumat tentang kekuatan magnet, kesukaran untuk menyahmagnet dan pembentukan magnet. Lihat gelung histeresis.
Distance Amplitude Correction Curve (DAC)lengkung pembetulan jarak amplitudTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikGraf lengkungan yang dibina untuk menghubungkaitkan antara jarak dan amplitud sesuatu isyarat ultrasonik. Lengkungini didapati dari blok standard yang mempunyai siri pemantul bersaiz sama tetapi berbeza kedalaman daripada permukaan. Keadaan ini ditunjukkan apabila prob diletakkan pada bahan uji, isyarat penunjuk dari ketakselanjaran akan muncul pada kawasan lengkung tersebut. Keputusan perlu dibuat sama ada isyarat ini boleh diterima atau ditolak berdasarkan kriteria yang dinyatakan dalam kod, standard, atau spesifikasi yang ditentukan.
curlinglengkung (P.JAS), pengikalanPertanianTiadaTiada
cuppinglengkung; seseludang; pencawanan; longkang (bakaran)PerhutananTiadaTiada
cuppinglengkung; seseludang; pencawanan; longkang (bakaran), bekamPerubatanTiadaTiada
recurvelengkungUmumTiadaKeadaan yang berkelok bentuknya.
French curveslengkung PerancisKesenianHiasan DalamanPeralatan melukis (berbentuk lengkungan) dibuat daripada bahan plastik yang digunakan untuk melukis garisan melengkung pada objek atau pelan.
edge bandlengkung tepiKesenianHiasan DalamanKemasan bahagian tepi sesuatu struktur yang bersifat boleh melengkung seperti dalam pembuatan perabot. Kemasan ini yang berukuran 1.625 mm pada permukaan papan lapis atau papan zarah. Bahan kemasan bagi permukaan perabot yang biasa digunakan ialah venir atau laminat, sesuai dengan ketebalan bahan yang hendak ditutup.
archgerbang; lengkung (untuk bentuk)PerhutananTiadaTiada
archgerbang; lengkung (untuk bentuk)KomunikasiTiadaTiada
1234

Kembali ke atas