Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[len.tur] | لنتور

Definisi : 1. bengkok atau kelok (pd barang yg melengkung), lengkok; 2. Id perubahan arah (sinaran cahaya yg masuk ke dlm air dll), bias; melentur 1. membengkok atau melengkung (spt julai batang buluh, ampaian kain yg tidak tegang, dll), kendur: dawai itu menjadi panas dan mengembang panjang dan ~; 2. boleh (mudah) dilengkungkan atau dilentokkan tetapi tidak mudah patah (tali, dawai, dll); melenturkan menjadikan bengkok atau ber­kelok, menjadikan melentur, membengkok­kan, melengkungkan: rebung apabila telah menjadi aur, payah hendak dilenturkan lagi; budak-budak umpama rebung, boleh di­lenturkan dan dibentuk; lemah liat kayu akar, dilenturkan boleh, dipatah tak dapat prb orang yg berakal itu nampaknya menurut kehendak orang, tetapi tidak dapat dibodohkan; terlentur telah melentur, menjadi melentur: beberapa batang anak pisang berhampiran dgn rumah saya ~ kerana ditimpa hujan lebat semalam; lenturan 1. perihal lentur; 2. benda yg me­lentur atau melengkung (spt buluh pd pintu gerbang dll); kelenturan perihal (keadaan, keupayaan,dsb) melentur: besi, umpamanya, digunakan dgn meluas utk membina bermacam-macamperalatan yg memerlukan kekuatan dan ~; pelenturan perihal (proses atau perbuatan) melenturkan; pelentur benda atau alat yg digunakan utk melenturkan: ada kalanya batu besar diguna­kan sbg ~ dahan-dahan pokok itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[len.tur] | لنتور

Definisi : bengkok pd benda melengkung; lengkok. melentur 1 melengkung atau membengkok spt julai batang buluh dll; berkelok (bkn benda-benda panjang yg lembut): Dawai-dawai telefon ~ pd musim panas. 2 mudah dilengkungkan atau dilentukkan tetapi tidak mudah patah. 3 ki dpt disesuaikan dgn keadaan (bkn peraturan dsb); lw ketat atau kaku. melenturkan membuat supaya sesuatu menjadi lentur; membengkokkan atau melengkungkan. lenturan sesuatu yg melentur atau melengkung. kelenturan keadaan melentur atau keadaan dpt dilenturkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lentur
Kata Terbitan : melentur, melenturkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bending indexindeks lenturKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaUkuran yang menentukan kekuatan cat permukaan.
flex plateplat lenturKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPlat ringan yang dipasang dalam unit penghantaran automatik.
flexible denturedentur boleh lenturPergigianTiada-
air springpegas udaraKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBekas boleh lentur yang diisi dengan udara termampat dalam sistem gantungan, yang boleh termampat untuk menyerap kejutan beban pada tayar di atas permukaan jalan raya.
engine mountingpemegang enjinKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaGetah boleh lentur yang dipasang di antara bahagian enjin dengan rangka, struktur atau badan kenderaan untuk menyerap getaran enjin.
paperbackkulit lembut-TiadaKulit buku yang diperbuat daripada kertas boleh lentur yang lebih tebal daripada kertas teks. Sinonim paperbound, soft cover.
diaphragm valveinjap diafragmaKimiaKimia AnalisisInjap bendalir yang bahagian buka tutupnya merupakan diafragma boleh lentur. Alat ini digunakan untuk melalukan cecair mengandungi ampaian pepejal.
fuel linetalian bahan apiKejuruteraan AutomotifEnjinPaip atau saluran yang diperbuat daripada logam tegal dan bahan boleh lentur yang menghantar bahan api dari tangki ke sistem suntikan bahan api atau ke karburetor. Talian ini juga mengembalikan lebihan bahan api ke tangki dan secara tidak langsung menyejukkan penyuntik bahan api atau karburetor.
plastic electronic deviceperanti elektronik plastikFizikNanoteknologiAlat elektronik yang bahan aktifnya terdiri daripada plastik, termasuk bahan polimer pengkonduksi. Peranti ini boleh lentur dan ringan serta dapat difabrikasi dengan kos yang rendah berbanding dengan peranti elektronik tradisi yang difabrikasi daripada bahan semikonduktor bukan organik. Contohnya, sel suria plastik yang difabrikasi pada permukaan bersaiz besar dan boleh gulung.
tilt steering wheelroda stereng condongKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaStereng yang boleh diubah kedudukannya atau dicondongkan kedudukannya pada sudut tertentu melalui bahagian sambungan lentur pada aci stereng.
12

Kembali ke atas