Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.su] | لسو

Definisi : 1. lemah (kerana tidak puas tidur, kurang makan, dsb), tidak cergas, letih: aku melihat rakyat tani dgn kaki ayam berjalan ~ menuju pondoknya yg buruk; letih ~ letih sekali; 2. ki merosot (perniagaan dll), sepi (perniagaan): sejak akhir-akhir ini, perniagaannya semakin ~; melesukan menyebabkan (badan dsb) men­jadi lesu, melemahkan; kelesuan 1. perihal (keadaan) lesu, keletihan; 2. berasa lesu atau lemah, keletihan: Zaini yg ~ tidur dgn lenanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.su] | لسو

Definisi : tidak bertenaga kerana tidak makan (tidak puas tidur dll); letih; lemah. melesukan menjadikan atau menyebabkan lesu: Perjalanan yg jauh kadang-kadang ~ badan. kelesuan keadaan lesu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lesu (adjektif)
1. Bersinonim dengan lemah: letih, letah-letai, litak, lejar,

2. Bersinonim dengan merosot: mundur, menurun, berkurangan, surut, susut lemah, buruk,
Berantonim dengan rancak

Kata Terbitan : kelesuan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Zoom fatiguelesu ZoomPsikologiTiadaKeadaan individu yang letih dan lesu upaya disebabkan penggunaan platform komunikasi maya secara berlebihan, terutamanya yang melibatkan mesyuarat secara dalam talian dengan menggunakan aplikasi seperti Zoom.
virtual meeting fatiguelesu mesyuarat mayaPentadbiran PerniagaanTiadaKeadaan individu yang letih dan lesu upaya disebabkan penggunaan platform komunikasi maya secara berlebihan, terutamanya yang melibatkan mesyuarat secara dalam talian yang menggunakan aplikasi tertentu.
combat fatiguelesu tarungPerubatanPsikiatriKeadaan terlalu letih akibat tekanan, pertempuran atau peperangan.
combat fatiguelesu tarungPerubatanPsikiatriKeadaan terlalu letih akibat tekanan, pertempuran atau peperangan.
password fatiguelesu kata laluanUmumTiadaPerasaan tidak selesa yang dialami oleh seseorang apabila perlu mengingati banyak kata laluan.
brumationbrumasiBiologiTiadaKeadaan yang lesu atau tidak aktif yang ditunjukkan oleh reptilia (seperti ular atau biawak) semasa musim sejuk atau suhu rendah berpanjangan.
depressionkemurunganKejururawatanTiadaPerasaan sedih yang keterlaluan, tidak bersemangat dan letih lesu yang dialami oleh pesakit.
clinical datadata klinikalHerbaPeraturan dan PemasaranMaklumat atau data kualitatif dan kuantitatif yang diperoleh daripada kajian klinikal tentang kesan pemberian rawatan tertentu ke atas subjek manusia atau pesakit. Data kualitatif memberikan maklumat deskripsi melibatkan pemerhatian pada perlakuan subjek seperti sakit kepala, rasa lesu dan cirit-birit. Data kuantitatif ialah maklumat dalam bentuk angka seperti bacaan tekanan darah 120/90 mm Hg, suhu badan 37°C dan kandungan kolesterol total dalam darah sebanyak 5.30 mmol/L.

Kembali ke atas