Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lé.wah] | ليواه

Definisi : (léwah) 1. terlalu banyak hingga berlimpah-limpah (barang dll), mewah; 2. berlebih-lebih sehingga tertambah perkara, hal, dsb yg tidak perlu (mis perkataan yg digunakan dlm ayat): penggunaan kata yg ~ dlm pembinaan ayat perlu dielakkan; kelewahan hal (keadaan) yg berlebih-lebihan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.wah] | ليواه

Definisi : /léwah/ 1 terlalu banyak sehingga berlebihan; melimpah-limpah. 2 lebih drpd yg sepatutnya; tidak diperlukan kerana yg ada sudah memadai; berlebih-lebih sehingga dpt dianggap membazir (ttg perkataan yg digunakan dsb). kelewahan keadaan atau hal lewah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lewah
Kata Terbitan : melewah,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
binge-watchtonton lewahUmumTiadaPerbuatan menonton beberapa episod program televisyen dalam tempoh masa yang singkat secara berlebihan.
verbositybahasa berjelaKesusasteraanTiadaPenggunaan kata-kata yang berlebihan atau lewah dalam karya.
gene selectionpemilihan genBioinformatikBioinformatik MolekulKaedah yang diaplikasikan ke atas set data pengekspresan gen (data mikro atur DNA) untuk mengurangkan gen yang lewah dan tidak bermaklumat.
over writingtulisan berlebihanKesusasteraanTiadaKecacatan gaya penulisan akibat penggunaan kata yang berlebih-lebihan. Penggunaan kata berlebih-lebihan adalah berbunga-bunga, janggal, tidak harmonis, menyakitkan mata apabila membacanya, dan tidak memperlihatkan kepekaan terhadap bahasa. Kecacatan ini disengajakan untuk mendapat kesan tertentu dalam penulisan. Sekiranya tidak disengajakan, penulisan boleh menjadi melodramatik, kasar, dan lewah.
cyclic redundancy check (CRC)semak lewahan kitaran (CRC)Teknologi MaklumatKeselamatan KomputerPengesanan dengan melakukan pengiraan terhadap data dalam suatu fail atau mesej dalam bentuk matriks. Proses ini boleh mengesan sama ada terdapat perubahan besar atau kecil berbanding pengiraan hasil tambah yang biasa. Sekiranya bilangan bait untuk satu fail berubah, maka kandungan fail akan turut berubah, sama ada dijangkiti virus ataupun pengubahsuaian telah berlaku. Sekiranya terdapat perbezaan dalam pengiraan CRC, maka boleh diandaikan kemungkinan fail tersebut dijangkiti virus. Keadaan ini digunakan secara meluas dalam komunikasi data bagi memastikan integriti perpindahan fail berkenaan. Dikenali juga sebagai kod lewah kitaran.
lipur laralipur laraKesusasteraanTiadaGenre sastera rakyat bercorak cerita yang panjang yang mengisahkan keperihalan hidup warga istana. Pada dasarnya, cerita lipur lara ialah cerita fantasi kewiraan yang memerihalkan kehidupan alam kebangsawanan, terutamanya tentang percintaan putera-puteri raja, pengembaraan dan peperangan yang harus dilalui putera raja yang dianggap sebagai wira dalam cerita, untuk mendapat puteri idamannya atau objek pencariannya yang lain. Perjalanan putera raja sering membawanya ke negeri-negeri yang jauh, termasuk dunia kayangan. Dalam perjalanan, putera raja akan bertempur dengn pelbagai makhluk termasuk gergasi, geruda, jin dan peri. Untuk mencapai hajatnya, putera raja mendapat pelbagai bantuan, termasuk alat magis atau sakit. Cerita sentiasa berakhir dengan kemenangan wira dan kejayaannya memiliki puteri yang diimpikan atau memperoleh objek pencariannya. Tujuan cerita adalah untuk menghiburkan hati yang lara. Justeru, karya ini memberikan keutamaan kepada aspek yang dapat menimbulkan keindahan dan kekaguman. Di samping penampilan motif ajaib dan spektakular, cerita ini juga dipenuhi dengan pelbagai hiasan, iaitu istana, taman bunga, rupa paras, pakaian, deskripsi yang rinci dan lewah tentang adat-istiadat dan adab istana. Cerita lipur lara biasanya disampaikan secara lisan oleh seorang tukang cerita (penglipur lara) profesional yang dikenali dengan pelbagai gelaran, contohnya Awang Batil atau Awang Belanga (di Kedah dan Perlis), dan Tarik Selampit atau tok Selampit (di Kelantan). Persembahan tersebut diiringi alat muzik seperti belanga atau selampit. Lipur lara dikenali juga sebagai roman rakyat atau roman istana. Antara cerita lipur lara ialah Hikayat Inderaputera, Hikayat Malim Deman dan Hikayat Malim Dewa. Lihat juga cerita pari-pari.

Kembali ke atas