savoury supper | makan lewat malam pedas | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
supper | makan lewat malam | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Hidangan makanan yang dinikmati selepas 9.30 malam seperti mi, ayam madu dan makanan segera yang lain. |
late night shif | syif lewat malam | Pentadbiran | Tiada | Syif pekerja yang bermula dari jam 12.00 malam hingga 8.00 pagi esoknya. |
transition time | masa peralihan | Komunikasi | Korporat | Pertukaran waktu siaran dalam media elektronik khususnya di radio berdasarkan kelompok masa siaran dalam sehari. Kelompok masa ialah pembahagian masa siaran mengikut aktiviti khalayak dalam sesuatu budaya. Contohnya, masa peralihan di Malaysia, bermula pada pukul 6.00 pagi hingga 9.00 pagi dianggap sebagai masa siaran pagi, pukul 9.00 pagi hingga 11.00 pagi ialah masa siaran lewat pagi, pukul 11.00 pagi hingga 2.00 petang ialah masa siaran tengah hari, pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang ialah masa siaran awal petang, pukul 4.00 petang hingga 7.00 malam ialah masa siaran petang, pukul 7.00 malam hingga 9.00 malam ialah masa lewat petang atau malam, pukul 9.00 malam hingga 12.00 tengah malam ialah masa siaran malam, pukul 12.00 tengah malam hingga 3.00 pagi ialah masa lewat malam, dan pukul 3.00 pagi hingga 6.00 pagi ialah masa awal pagi. Pembahagian masa peralihan ini ditentukan berdasarkan aktiviti khalayak di sesebuah negara. Tempoh siaran dari pukul 6.00 pagi hingga 9.00 pagi dianggap sebagai masa perdana |
harvest moon | bulan panen/bulan tuai | Matematik | Tiada | Bulan penuh yang berlaku paling hampir dengan ekuinoks musim luruh, 23 September. Secara purata, bulan naik kira-kira 501/2 minit lewat daripada malam yang sebelumnya. Bulan penuh naik pada waktu matahari terbenam. |
daily rhythm | ritma harian | Perikanan | Tiada | Putaran harian siang dan malam yang mempengaruhi tabiat makan ikan. Masa memancing biasanya disesuaikan dengan ritma harian ikan. Kebanyakan ikan mempunyai tabiat mencari makan pada awal pagi atau lewat petang dan tempoh ini adalah masa yang terbaik untuk memancing. |