Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.bat] | ليبت

Definisi : ; melibat membungkus, melipat, mem­bebat, membelit; melibati memasuki (sesuatu kegiatan dsb), menyertai: sebenarnya tulisan tentang sastera Islam dlm tahun tujuh puluhan dilibati oleh beberapa orang penulis; melibatkan menyebabkan terlibat (terbabit), memasukkan (ke dlm sesuatu perkara dll), membabitkan: persetujuan yg dimaksudkan oleh Tengku itu ~ masalah politik dan ketenteraan; terlibat 1. terbebat, terbelit, terlipat; 2. termasuk (dlm sesuatu hal), terbabit: kalau perkara itu ada kaitan dgn kampungnya, dirinya turut ~ sama; keterlibatan perihal terlibat: dasar ini merupa­kan suatu gagasan umum mengenai segala aspek ~ belia dlm masyarakat; pelibatan, penglibatan perihal melibatkan diri (persatuan dsb) dlm sesuatu hal (perkara dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.bat] | ليبت

Definisi : ; melibat membelit atau membungkus (dgn sesuatu); membebat: Ular ~ di dahan kayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[li.bat] | ليبت

Definisi : ; melibatkan membawa dll sesuatu atau seseorang ke dlm perkara, urusan lain dsb; membabitkan: Peperangan itu ~ negara-negara di sebelah sini. terlibat termasuk atau terbabit dlm sesuatu hal: Tengku Kudin telah ~ juga dlm peperangan itu. keterlibatan hal terlibat. penglibatan perbuatan atau hal melibatkan diri dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
libat
Kata Terbitan : melibat, melibatkan, terlibat,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
engagement sessionsesi libat urusPentadbiranTiadaSesi yang diadakan bagi membincangkan tentang sesuatu perkara seperti usaha, kegiatan, perancangan dan sebagainya yang melibatkan pihak berkepentingan dalam mengendalikan atau menyelenggarakan sesuatu perkara tersebut agar berjalan dengan baik.

Kembali ke atas