viscous drive fan clutch | cekam kipas pemacu likat | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Peranti dalam kipas enjin yang menggunakan bendalir likat di antara komponen pendesak dengan komponen perumahnya untuk memacu kipas. Peranti ini dihubungkan dengan pam air melalui cekam yang dikawal secara termostatik. Keadaan ini membolehkan kipas beroperasi mengikut suhu enjin. Cekam tersebut berfungsi pada suhu tinggi menyebabkan kipas ber-putar dengan laju dan menyejukkan radiator dengan lebih berkesan. Cekam dilepaskan daripada putaran pam pada suhu rendah dan menyebabkan kipas bergerak bebas serta tidak lagi berfungsi sebagai penyejuk radiator. |
viscous friction | geseran likat | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Geseran yang berlaku antara bahagian-bahagian yang berputar di atas lapisan cecair. |
viscous friction | geseran likat | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Geseran yang berlaku di antara lapisan molekul bendalir. Kadar geseran bergantung kepada nilai kelikatan bendalir berkenaan. Geseran ini menggunakan sebahagian kecil kuasa enjin yang menyebabkan enjin kehilangan kuasa dan seterusnya mengurangkan kecekapan. |
mucilage | musilaj | Herba | Fitoterapi | Bahan likat seperti gam yang dihasilkan oleh beberapa jenis tumbuhan. Musilaj berkesan digunakan untuk merawat dan melegakan bahagian yang terkena radang. |
thixothropy | tiksotropi | Kejuruteraan | Tiada | Keupayaan ampaian lempung menjadi likat atau tegar jika dibiarkan dan mudah mengalir apabila diaduk. |
vitamin K1 | vitamin K1 | Herba | Tiada | Fitonadion, C31H46O2. Sebatian cecair likat berwarna kuning terlarut benzena kloroform dan minyak sayur yang berguna dalam perubatan dan sebagai makanan tambahan. |
blown fiber | gentian tiup | Kejuruteraan | Tiada | Gentian optik yang dipasang di dalam tiub plastik sempit dengan menggunakan teknik seret likat udara. |
multiple viscosity oil | minyak berbilang kelikatan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Minyak enjin yang mempunyai kelikatan rendah semasa sejuk untuk memudahkan enjin diengkol dan menjadi bertambah likat apabila panas untuk memberi kelinciran yang diperlukan pada bahagian enjin semasa enjin panas. |
gonorrhoea | gonorea | Herba | Fitoterapi | Penyakit kelamin yang disebabkan oleh bakteria Neisseria gonorrhoea yang dijangkiti melalui hubungan jenis dan melibatkan genitourinari, mulut dan/atau rektum. Gonorea dicirikan oleh pengeluaran lendir likat, rasa sakit dan panas pada kemaluan ketika membuang air kecil. |
synthetic oil | minyak sintetik | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Minyak pelincir buatan yang lebih berkualiti berbanding minyak pelincir mineral tulen yang berasaskan petroleum. Minyak sintetik lebih tahan pada suhu yang tinggi dan kurang likat pada suhu yang rendah berbanding minyak mineral tulen. |