Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.ku] | ليکو

Definisi : 1. selekoh (pd jalan, sungai, dll), kelok, siku: tiap ~ jalan diturut; 2. tempat terpencil, ceruk: segala ~ dan ceruk di hulu sungai itu diingatinya; segala ~ dan ceruk pedalaman; ~-~ hidup = ~-~ kehidupan dugaan dan kesengsaraan dlm hidup: perlunya Islam dijadikan sbg obor yg menerangi ~-~ kehidupan; berliku-liku berbelok-belok, berkelok-kelok, berselekoh-selekoh: di sebelah kiri jalan itu mengalir sebatang sungai yg ~ pula; melikukan menyebabkan menjadi liku: air yg deras mengalir, menyimpang, dan ~ sungai menjadi lurah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.ku] | ليکو

Definisi : ; paduka ~ sl gelaran seorang permaisuri (dlm cerita panji). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.ku] | ليکو

Definisi : kelok pd jalan (sungai dll); selekoh. berliku-liku banyak likunya; berkelok-kelok: Kami melalui sebatang jalan yg curam dan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
liku (kata nama)
1. Bersinonim dengan selekoh: kelok, siku, lengkok, telengkoh, katlum, enggokan,

2. Rujuk pelosok

Kata Terbitan : berliku-liku,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bildungsromanbildungstomanKesusasteraanTiadaNovel yang memaparkan perkembangan protagonis dari zaman kanak-kanak atau remaja hingga ke tahap dewasa. Bildrungsroman memaparkan proses kematangan yang dicapai oleh wira muda selepas dia berjaya mengharungi liku-liku hidup. Bildungsroman dikaitkan dengan karya Goethe bertajuk Wilhelm Meisters Lehrjahre (1796) yang dianggap sebagai pengasas pola ini. Beberapa novel ulung pada abad ke-19 dan ke-20 mengguna pakai pola bildungsroman, contohnya novel David Copperfield oleh Charles Dickens. Apabila novel ini secara khusus melukiskan pembentukan seorang seniman, novel ini digelah kunstleroman. Contoh kunstleroman ialah A Portrait of the Artist as a Young Man oleh James Joyce. Mutakhir ini, pengkritik feminis mempertikaikan bentuk bildungsroman lelaki kerana pola perjalanan hidup seorang lelaki tidak sama dengan pola yang dilalui oleh seorang wanita. Para pengkritik feminis mengutamakan pengalaman wanita yang membina jati dirinya. Bildrungsroman berasal daripada bahasa Jerman bermaksud �novel pembentukan�. Lihat juga kunstleroman.
interlocking spursusuh berpancaGeografiTiadaCerun lurah sungai yang saling berpanca, apabila sungai mengikut satu haluan yang berliku-liku yang akan mengehadkan ketertampakan dari hulu ke hilir.

Kembali ke atas