Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lin.cah] | لينچه

Definisi : 1. tidak boleh diam (perangai dll), ber­gerak selalu: ~ sungguh urinya gasing itu; 2. tidak tetap (fikiran, pekerjaan, tempat tinggal, dll), bertukar-tukar selalu (isteri dll): gadis itu pun mulalah ~ dan tidak begitu endahkan tunangannya lagi; 3. cergas, giat, pantas, tangkas, rancak: mereka menjalani hidup dgn keyakinan sendiri, lebih berani dan lebih ~ drpd angkatan tua; begitu keanak-anakan isi suratnya, tetapi begitu ~; melincah-lincah, terlincah-lincah sentiasa berubah-ubah (tempat tinggal, pekerjaan, fikiran, dll), selalu bertukar-tukar, tidak tetap; kelincahan perihal lincah (selalu bergerak­gerak dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lin.cah] | لينچه

Definisi : 1 tidak diam (ttg tingkah laku dll); sentiasa bergerak. 2 cergas dan pantas; tangkas: Pemain bola jaring itu beraksi dgn ~. kelincahan sifat atau keadaan lincah (selalu bergerak dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lincah (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak boleh diam: bergerak selalu

2. Rujuk cergas

Kata Terbitan : melincah-lincah, terlincah-lincah, kelincahan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ion exclusionpemencilan ionFizikTiadaSistem resin tukar ganti yang ion-ion lincah dalam fasa resin-gelnya meneutralkan secara elektrik kumpulan fungsian bercas tak lincah yang melekat pada resin, dan dengan itu, elektrolit pelarut terhalang daripada menembusi fasa resinnya.

Kembali ke atas