hyperfolding | hiperlipatan | Fizik | Nanoteknologi | Lipatan serabut kromatin pada peringkat tinggi oleh ikatan hidrogen lemah untuk menjadi lebih padat. Lipatan ini mudah terurai semasa pembentukan replikasi melalui pembahagian sel atau semasa transkripsi dalam pembentukan molekul asid ribonuklik (RNA). Lipatan ini biasanya berukuran 700 nm lebar. |
skindfold thickness | ketebalan lipatan kulit | Sains Kesihatan | Tiada | Lipatan kulit yang dapat memberikan anggaran lemak dalam tubuh. |
seams | lipatan | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Ketakselanjaran yang terbentuk semasa proses penggelekan bilet logam menjadi bentuk plat atau silinder yang lebih kecil. Dalam proses penggelekan bilet, lipatan boleh terbentuk apabila terdapatnya benda asing atau ketakselanjaran pada bilet tersebut. |
end paper | kertas lapik kulit | - | Tiada | Kertas berlipat dua yang separuh daripada lipatan kertas tersebut ditampalkan pada bahagian dalam kulit depan dan bahagian dalam kulit belakang buku kulit keras. Separuh lipatan lagi ditampalkan di sepanjang sisi halaman pertama dan halaman terakhir buku bagi melindungi jilidan buku tersebut. |
raised pleating | lisu timbul | Fesyen | Tiada | Lipatan pada fabrik yang dikenakan di bahagian yok bagi mengembangkan jubah dan memberikan gantungan yang cantik. |
frenulum | frenulum | Perubatan | Tiada | Istilah umum bagi lipatan membran mukus atau integumen, yang berfungsi untuk menyekat atau mengehadkan pergerakan sesuatu struktur. |
imposition | imposisi | - | Tiada | Proses menetapkan halaman pada kertas cetak supaya hasil lipatan mengikut urutan halaman yang betul. |
secondary structure | struktur sekunder | Fizik | Nanoteknologi | Keadaan asid nukleik yang dicirikan oleh lipatan rantaian atom dalam bentuk sama ada heliks alfa, kepingan beta atau gelungan rawak. Struktur protein sekunder ditentukan oleh ikatan hidrogen yang terdapat dalam kalangan ikatan pada tulang belakang kumpulan amida, manakala asid nukleik struktur sekunder ditentukan oleh ikatan hidrogen dalam kalangan tapak nitrogen. |
crimp marks | tanda kedut | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Kecacatan lipatan yang terdapat atas filem yang disebabkan oleh pembengkokan filem secara tajam dan biasanya berlaku semasa proses memuat serta mengeluarkan filem daripada kotak filem. |
foliose coral | karang folios | Sains Marin | Tiada | Karang yang berbentuk lembaran yang menonjol pada dasar terumbu, berukuran kecil dan membentuk lipatan melingkar umpama kelopak. |