Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.tar] | ليتار

Definisi : 1. lilit (pd sesuatu benda), keliling; 2. = litaran (Kej) jalan lengkap yg dilalui arus elektrik: haba dapat dihasilkan oleh arus elektrik dlm sesuatu ~; ~ pintas; 3. trek utk perlumbaan kereta, motosikal dsb; 4. bergerak berkeliling dr satu tempat ke tempat lain; pengadil ~ pengadil yg bergerak dr satu tempat ke tempat lain utk menjalankan tugas­nya; ~ bersepadu (Fiz) litar yg menggabungkan pelbagai komponen elektronik ke dlm satu unit; ~ elektrik (Fiz) susunan pengalir dan peranti yg dapat mengalirkan arus elektrik; ~ pintas = ~ singkat (Kej) kesalahan yg menyebabkan jalan arus elektrik menjadi pendek kerana penebat yg rosak; ~ tertutup (Fiz) litar elektrik yg lengkap dan mem­bolehkan arus mengalir apabila voltan dibekalkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.tar] | ليتار

Definisi : 1 lilit pd sesuatu benda; keliling. 2 = litaran pusingan aliran arus elektrik yg lengkap. 3 = litaran selengkap peralatan (spt wayar pengalir, suis) utk mengalirkan arus elektrik. ~ pintas ist sambungan elektrik di antara dua titik dlm litar yg mempunyai rintangan rendah berbanding dgn bahagian lain dlm litar, yg menyebabkan litar elektrik terputus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata litar


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pulser circuitlitar pendenyutTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikPenjana denyut mudah yang digunakan untuk memacu litar-litar terkawal denyut. Litar pendenyut menghasilkan denyut pendek elektrik untuk menjana gelombang denyut pada transduser. Litar pendenyut adalah salah satu litar yang terdapat dalam peralatan ultrasonik pengesan kecacatan.
series parallel circuitlitar siri selariKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaGabungan antara litar siri dengan litar selari.
receiver circuitlitar penerimaTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikSebahagian litar elektronik dalam sistem peralatan ultrasonik pengesan kecacatan. Litar penerima menerima denyut pendek elektrik daripada transduser. Litar ini merupakan unit terakhir dalam sistem penghantaran bunyi, tempat tenaga yang diterima, dirakam atau ditukar ke bentuk yang dikehendaki.
flasherpengelipKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaUnit pemutus litar secara automatik sama ada menggunakan elektronik atau mekanikal, yang digunakan dalam litar lampu isyarat dan litar amaran berbahaya.
fuse blockblok fiusKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKotak yang menempatkan fius untuk menghubungkan komponen-komponen litar elektrik dengan litar bekalan kuasa.
electron-beam lithographylitografi alur elektronFizikNanoteknologiKaedah penghasilan litar bersepadu dengan mengimbaskan alur elektron untuk mengukir corak litar bersepadu. Keistimewaan kaedah ini dapat menghasilkan litar dengan kelebaran 10 nm atau kurang.
primary circuitlitar primerKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaLitar dalam sistem pencucuh yang bermula dari bateri, suis, gelung primer, titik sentuh, hingga ke pemuat.
printed circuitlitar pencetakKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaLitar elektrik yang dibuat daripada bahan pengalir yang dipasang pada papan penebat supaya komponen elektrik dapat dipasang pada papan tersebut.
secondary circuitlitar sekunderKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaLitar dalam sistem pencucuh yang bermula dari gelung sekunder, gelung pencucuh, pengagih pencucuh, kabel tekanan tinggi hingga ke palam pencucuh.
short circuitlitar pintasKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKerosakan dalam litar elektrik apabila arus mengalir melalui jalan terdekat atau jalan pintas untuk sampai ke bumi.
12345678910...

Kembali ke atas