condenser | pemuat; pemeluwap | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | (1) Peranti dalam litar primer sistem pencucuh yang bersambung secara selari dengan titik sentuh. (2) Bahagian dalam sistem pendingin udara yang memancarkan haba terkumpul daripada penyejat ke kawasan sekeliling. |
control box | kotak kawalan | Kejuruteraan | Tiada | 1. Bekas pengatur voltan dan arus bagi litar pengecas enjin. 2. Sebarang kotak atau unit yang mengandungi litar kawalan atau perkakasan untuk pengendali mengendalikan alat-alat kawalan. |
discriminator | diskriminator | Kimia | Kimia Analisis | 1. Peranti yang menghasilkan perubahan amplitud sebagai gerak balas terhadap perubahan frekuensi atau fasa isyarat. 2. Litar yang outputnya bergantung kepada bagaimana isyarat input berbeza dalam beberapa aspek, daripada isyarat piawai atau isyarat yang lain. |
nanoparticle | nanozarah | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Zarah yang mempunyai saiz (dimensi) antara 1 � 100 nanometer. Contohnya karbon nanotiub pada litar elektrik. |
nanowire | nanowayar | Fizik | Nanoteknologi | Struktur berbentuk seperti wayar, berdiameter 1 nm - 100 nm. Nanowayar memberikan kesan mekanik kuantum berdimensi satu dan dikenali juga sebagai wayar kuantum. Terdapat pelbagai jenis nanowayar, termasuk daripada bahan logam (seperti Ni, Pt, Au), semikonduktor (seperti Si, InP, GaN) dan penebat (seperti SiO2, TiO2). Nanowayar dapat digunakan untuk menyambung komponen halus kepada litar yang amat kecil. |