Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[liu/] | ليوق

Definisi : melengkung ke kiri ke kanan (spt orang menari, lalang ditiup angin, dll): pandangannya berpusat pd api pelita yg meliuk-liuk di hadapannya; ~-lampai bergerak-gerak spt ular lalu (orang menari dll); ~ lentok gerakan badan atau anggota badan yg terlenggok-lenggok ke kiri ke kanan atau ke depan ke belakang; meliuki mengambil sesuatu (spt wang di tanah dll) dgn meliuk; meliukkan melengkokkan badan (orang menari, mengelakkan tikaman, dll): Zahar yg sedang bercekak pinggang itu ~ badan­nya sebelum mengambil rokok itu; terliuk, terliuk-liuk terlenggok-lenggok (lalang ditiup angin dll): tiang agung terliuk­liuk; pelita minyak yg ~ ditiup angin; liukan hasil atau gerakan meliuk atau meliukkan; peliukan perihal atau perbuatan meliukkan; sepeliuk sejauh orang boleh meliuk (ke kiri atau ke kanan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[liu/] | ليوق

Definisi : ; meliuk melenggok ke kiri ke kanan (spt orang menari, pohon ditiup angin). meliukkan melenggokkan (badan dsb) ke sisi. terliuk-liuk bergerak-gerak ke kiri ke kanan; terlenggok-lenggok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
liuk
Kata Terbitan : meliuk, meliukkan, terliuk, terliuk-liuk,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
reality effectkesan realitiKesusasteraanTiadaButiran dunia realiti yang tidak berfungsi untuk mengembangkan plot sesuatu cerita tetapi merupakan dariapda realiti yang dipaparkan. Butiran ini dianggap penanda untuk mengesahkan kesahihan realiti tersebut. Kesan realiti berkaitan dengan aliran realisme yang muncul sebagai respons kepada aliran romantisisme yang mengatakan bahawa penulis sastera harus menggambarkan kehidupan yang ideal. Penulis kesan realiti gemar memilih objek biasa, tetapi melalui teknik penceritaan, objek itu digambarkan secara terperinci untuk melahirkan kesan realiti yang menarik perhatian pembaca. Contohnya, novel Mereka yang Tertewas oleh Hasanuddin Md. Isa (1993). Novel ini menggambarkan secara terperinci keadaan Kampung Bukit Setugal untuk melahirkan kesan realiti seperti yang berikut: �...sebatang sungai mengalir, di puncak Bukit Setugal ia berpunca. Sungai itu membelah tanah-tanah sawah yang terbentang sesayup mata memandang. Aur-aur yang menumpang berdiri di tepi-tepi tebing sungai itu meliuk-liuk dedaunnya bergeseran setelah ditiup angin. Sungai Cheneor yang secara tidak rasmi dinamakan oleh peneroka awal Bukit Setugal, setiap hari sejak wujudnya, ia tetap matang, waras dan dewasa dengan pengalamannya. Airnya yang deras tetap menghanyutkan sampah-sarap, membiakkan anak-anak baung, temalian, kenerap, patin, jelawat, sengiring, tilan, kelah, tapak belida dan puluhan jenis ikan-ikan lagi.� Kutipan petikan novel di atas sarat dengan butiran dunia kampung sehingga menjadikan gambarannya hidup dan meyakinkan.

Kembali ke atas