courier service | perkhidmatan kurier | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perkhidmatan hantaran bungkusan atau barangan dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain dengan cepat. |
response forces | pasukan tindak balas | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Sekumpulan individu terlatih dan lengkap bersenjata di lokasi kejadian atau di lokasi lain untuk menangani percubaan pemindahan tanpa kebenaran atau tindakan sabotaj. |
multiple-location rating plan | pelan pengkadaran lokasi berbilang | insurans | Tiada | Kaedah yang memberi kredit ke atas risiko harta perdagangan besar yang berada di beberapa lokasi. Kredit ini berdasarkan konsep bahawa rebakan risiko ke beberapa lokasi akan mengurangkan bahaya. |
location triangle | segi tiga lokasi | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Konsep peletakan industri yang diperkenalkan oleh Weber yang menyatakan lokasi optimum sesuatu industri merupakan keseimbangan antara sumber jaya dengan pengguna. |
genetic map | peta genetik | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Paparan maklumat yang menunjukkan susun atur lokasi sesuatu gen secara relatif pada kromosom. Lokasi gen pada kromosom dikenali sebagai lokus dan boleh digunakan sebagai penanda molekul untuk mencari jarak di antara gen-gen lain pada kromosom. |
virtual run | larian maya | Sukan | Tiada | Acara larian yang dilakukan oleh peserta di lokasi pilihan masing-masing tanpa perlu hadir ke lokasi penganjur. Peserta hendaklah merekodkan larian yang telah dilakukan dalam aplikasi yang ditetapkan. |
crime migration | perpindahan jenayah | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Peralihan jenayah ke lokasi yang lain disebabkan oleh beberapa faktor seperti usaha pencegahan jenayah oleh pihak polis di lokasi asal. |
genetic linkage analysis | analisis tatakaitan genetik | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah yang digunakan untuk mengesan lokasi alel bagi gen yang menyebabkan penyakit atau ciri. Pengesanan lokasi alel dilakukan dengan mengambil kira faktor pewarisan untuk mengesan jarak relatif antara dua alel yang bersebelahan, berdasarkan pemerhatian bahawa alel bersebelahan yang hampir dalam kromosom akan kekal berhampiran semasa proses pindah silang dalam meiosis. |
blaket coverage | perlindungan sarwa | insurans | Tiada | Insurans yang memberi perlindungan kepada lebih satu jenis harta di satu lokasi atau beberapa jenis harta di beberapa lokasi. |
master boot record | rekod but induk | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Tempat khas dalam cakera keras yang menyimpan maklumat lokasi sistem pengendalian untuk dijalankan. Oleh sebab lokasi ini mengandungi rutin permulaan sistem pengendalian, maka rekod ini boleh ditukar untuk memaksa sistem menjalankan kod hasad seperti virus apabila komputer dimulakan. Sinonim sektor but. |