long grip spray gun | penyembur panjang | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Penyembur yang digunakan untuk mengecat bahagian bawah kereta. |
long-term asset | aset jangka panjang | Ekonomi | Tiada | Aset kewangan yang mempunyai masa matang yang panjang, biasanya satu tahun atau lebih, atau yang tidak mempunyai masa matang yang pasti. Misalnya, simpanan tetap yang melebihi satu tahun, bon yang hanya boleh ditebus selepas satu tahun. |
long bone | tulang panjang | Sains Sukan | Biomekanik | Struktur tulang yang terdiri daripada bahagian batang (diafisis) dan dua bahagian hujung, yang dikenali sebagai epifisis. Tulang panjang merupakan tulang yang keras dan padat. Salah satu fungsi tulang ini adalah untuk menghasilkan sel darah merah melalui sumsum tulang. Tulang panjang terdapat pada anggota tubuh seperti tangan (ulna, humerus) dan kaki (femur, tibia). |
long term disability insurance | insurans hilang upaya jangka panjang | insurans | Tiada | Polisi kumpulan atau individu yang memberi perlindungan yang lebih lama daripada insurans hilang upaya jangka pendek. Biasanya sehingga insured mencapai umur 65 tahun jika insured mengidap penyakit atau seumur hidup bagi insured ditimpa kemalangan. |
long term policy | polisi jangka panjang | insurans | Tiada | Polisi kumpulan atau perseorangan yang memberikan tempoh perlindungan yang lebih panjang daripada biasa. |
long tailed liability | tanggungan Iiabiliti ekoran panjang | insurans | Tiada | Keadaan sesuatu kecederaan yang mengambil masa lama untuk diketahui dan tuntutan yang mungkin dibuat lama selepas kejadian berlaku biasanya 25 tahun atau lebih. |
long hauler | penggejala berpanjangan | Kesihatan Awam | Tiada | Individu yang mengalami satu atau lebih kesan jangka masa panjang akibat daripada penyakit serius yang pernah dihidapinya seperti COVID-19 walaupun telah sembuh sepenuhnya sebelum itu. Gejala tersebut termasuklah sakit kepala, sesak nafas, sakit otot dan cirit-birit. |
long-COVID-19 symptom | simptom COVID-19 berpanjangan | Kesihatan Awam | Tiada | Pelbagai gejala yang boleh dihidapi beberapa minggu atau bulan setelah dijangkiti COVID-19 seperti sakit kepala, sesak nafas, sakit otot dan cirit-birit. Simptom COVID-19 berpanjangan boleh berlaku kepada individu yang pernah menghidapi COVID-19, walaupun gejalanya ringan, atau mereka yang tidak mempunyai sebarang gejala. |
long-tailed COVID-19 | COVID-19 berlarutan | Kesihatan Awam | Tiada | Pelbagai gejala yang boleh dihidapi beberapa minggu atau bulan setelah dijangkiti COVID-19 seperti sakit kepala, sesak nafas, sakit otot dan cirit-birit. Simptom COVID-19 berpanjangan boleh berlaku kepada individu yang pernah menghidapi COVID-19, walaupun gejalanya ringan, atau mereka yang tidak mempunyai sebarang gejala. |
long range order | tertib julat panjang | Fizik | Nanoteknologi | Susunan teratur atom dalam pepejal berstruktur hablur yang memberikan kebarangkalian untuk satu atom mempunyai jiran jenis atom yang sama adalah lebih besar. Susunan atom ini berulang pada julat yang berpanjangan. Contohnya, tertib julat panjang terdapat dalam bahan berhablur seperti silikon dan intan. Banding tertib julat pendek. |