Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[long.go.kan]/[long.go/.kan] | لوڠݢوقن

Definisi : himpunan, timbunan, tompokan: lalat banyak hinggap di ~ sampah itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[long.go.kan]/[long.go/.kan] | لوڠݢوقن

Definisi : sesuatu yg dihimpunkan berlonggok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
longgok
Kata Terbitan : berlonggok, berlonggok-longgok, melonggokkan, longgokan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
commercial depositlonggokan komersialKejuruteraanPetroleumLonggokan minyak atau gas dalam kuantiti yang cukup besar berdasarkan perhitungan ekonomi, sehingga jika longgokan itu dikeluarkan untuk didagangkan, akan membawa keuntungan. Perhitungan ekonomi ini menngambil kira cara longgokan itu dikeluarkan yakni teknologi yang digunakan serta harga pasaran semasa bahan tersebut. Taraf komersialnya berubah-ubah mengikut masa.
cumulative spectral distributiontaburan spektrum longgokan; agihan spektrum longgokanFizikTiadaTiada
geophysical prospectingpencarigalian geofizikKejuruteraanPetroleumKaedah pencarian bagi longgokan mineral, bijih atau hidrokarbon yang wujud dalam batuan atau di celah-celah lapisan batuan, berdasarkan konsep bahawa longgokan tadi mempunyai sifat-sifat fizikal yang berbeza daripada batuan di sekelilingnya. Longgokan itu dicari dengan cara mengesan anomali sifat fizikal yang ditunjukkan oleh longgokan berkenaan. Di antara parameter yang sering digunakan termasuklah keberintangan, kemagnetan, ketumpatan, kebezaupayaan elektrik dan halaju rambatan gelombang.
surface occurrencewujudan di permukaanKejuruteraanPetroleumLonggokan petroleum yang terdapat atau tersingkap di permukaan bumi. Bentuk-bentuk longgokan yang biasa dijumpai ialah rembesan, mata air (spring), volkano lumpur, lubang bitumen, telerang, syal berbitumen dan longgokan kerogen.
subsurface occurrencewujudan subpermukaanKejuruteraanPetroleumLonggokan petroleum dalam batuan reserbor yang berada di bawah permukaan bumi. Longgokan ini boleh diambil dengan cara menggali lubang dari permukaan bumi sehingga lubang itu menembusi bahagian batuan reserbor yang berkenaan. Dalam bidang perminyakan, wujudan ini biasanya dicari kerana sering terdapat longgokan petroleum yang bernilai komersial atau bersaiz cukup besar untuk diusahakan.
atomic pilelonggokan atomFizikAtom dan NuklearLihat longgokan.
peatgambutKejuruteraanPetroleumLonggokan berstruktur gentian, yang wujud secara semula jadi dalam batuan atau di celah lapisan batuan, yang berasal daripada zat tumbuh-tumbuhan. Longgokan ini mengandungi banyak air; berwarna di antara perang dengan coklat. Kelengasan asalnya di sekitar 95 peratus dan mencapai kira-kira 25 peratus apabila dikering-udarkan. Analisis kimia mengikut dasar bebas abu lagi kering, menunjukkan bahan ini mengandungi kira-kira 55 peratus – 65 peratus, 6 peratus hidrogen dan 30 peratus – 35 peratus oksigen. Bakinya adalah nitrogen dan sulfat. Dalam keadaan kering bahan ini berkalori antara 16 – 20 Mjoule/kg. Longgokan ini terjadi hasil pembatuarangan gred rendah.
secondary depositlonggokan sekunderArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiTinggalan budaya atau mendapan semula jadi yang telah diusik dan berubah dari kawasan atau kedudukan asal. Antara agen penyebabnya seperti banjir, pembuangan, pembangunan dan buatan manusia. Longgokan sekunder dapat dikesan apabila stratigrafi tanahnya terganggu, taburan artifaknya pelbagai dan dalam kawasan yang terhad serta melibatkan artifak moden. Longgokan ini dikenali juga sebagai kawasan terganggu.
debris syn,. detritus see also sedimentpuingHidrologiTiadaLonggokan bahan peroi yang terdiri dari luruhan batuan (OD). Longgokan ini mungkin menjadi tempat asal luruhan batuan ataupun mungkin di tempat lain sebagai akibat pengangkutan dan pelonggokan luruhan batuan oleh sungai atau ais. (GG).
pilelonggokanFizikAtom dan NuklearReaktor nuklear yang dibina oleh himpunan bongkah grafit dan uranium yang secukupnya dan tersusun supaya berlaku tindak balas berantai pembelahan nukleus secara terkawal. Sinonim longgokan atom.
12345678910...

Kembali ke atas