Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lo.rong] | لوروڠ

Definisi : jalan (biasanya ada rumah di kiri kanannya), jalan kecil: sepanjang ~ itu orang tidur di kaki lima; berlorong mempunyai lorong: kawasan per­kampungan yg ~ kecil; melorongkan 1. mengarahkan, memandu, menunjukkan jalan: kelong mempunyai dua petak, petak luar ~ ikan masuk ke petak dalam; 2. mengabulkan, meluluskan (per­mintaan dll): permintaan mereka dilorong­kan Tuhan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lo.rong] | لوروڠ

Definisi : Mn ark berkenaan dgn, mengenai, tentang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lo.rong] | لوروڠ

Definisi : jalan kecil (biasanya ada rumah di kiri kanannya). melorongkan 1 menunjukkan atau mengarahkan jalan. 2 ki mengabulkan atau meluluskan (permohonan dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lorong (kata nama)
Bersinonim dengan jalan kecil, jalan, benderung;,
Kata Terbitan : melorongkan,

Peribahasa

Sepanjang-panjang tali,
     tidak sepanjang mulut manusia.

Bermaksud :

Cakap orang dapat dilakukan dengan sesuka hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Sepanjang-panjang lorong masih panjang mulut).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
acceleration lanelorong pecutPengangkutanTiadaLorong yang disediakan di lebuh raya untuk kenderaan memecut masuk ke lebuh raya.
footpathlorong pejalan kakiPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaLorong pejalan kaki yang terdapat di kawasan perumahan atau luar bandar dan tidak semestinya berturap.
contra-flow lanelorong lawan arusPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaLorong khas sementara untuk laluan kenderaan yang arahnya berlawanan dengan arus trafik yang biasa, untuk memenuhi keperluan trafik.
walkwayslorong jalan kakiPenilaian Harta TanahTiadaTiada
laneLorongPenilaian Harta TanahTiadaTiada
bicycle lanelorong basikalPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaLaluan yang dikhaskan di lebuh raya untuk laluan basikal.
bus lanelorong basPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaLaluan khas untuk bas yang memisahkannya daripada pejalan kaki dan kenderaan bermotor lain.
motorcycle lanelorong motosikalPenilaian Harta TanahTiadaTiada
cycle lanelorong sikalPenilaian Harta TanahTiadaTiada
Multi-Lane Free Flow (MLFF) Toll SystemSistem Tol Aliran Bebas Berbilang LorongPengangkutanTiadaTiada
12

Kembali ke atas