Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[luar] | لوار

Definisi : lwn (bahagian) dalam: terdengar bunyi ketukan dr ~; kulit ~; orang ~; ~ bandar daerah yg jauh dr bandar, kampung, desa; ~ batas melampaui (melebihi) batas; ~ bicara tidak masuk dlm pembicaraan (per­bincangan, perhitungan); ~ dalam a) bahagian luar dan bahagian dalam; b) lahir batin; ~ dugaan tidak disangka-sangka; ~ janji tidak masuk dlm janji; ~ kepala Id dgn ingatan (tidak usah ditulis atau melihat tulisan), hafaz; ~ kira luar bicara; ~ negeri = negeri ~ negeri asing; ~ nikah (perhubungan jenis) yg tidak halal; (orang) ~ pagar (orang yg) tidak kena­mengena (tidak bersangkut paut); ~ pantai luar pesisir; ~ pesisir a) terletak di laut tidak berapa jauh dr pantai (bkn kedudukan sesuatu, mis pulau, pelantar minyak dll); b) (Eko) beroperasi atau berdaftar di luar negara kerana cukainya lebih rendah, peraturannya lebih longgar dll (bkn bank, pelaburan, syarikat dll); ~ sangkaan tidak disangka(-sangka); ~ talian (Komp) sifat peranti sokongan atau sistem yg tidak lagi tersambung atau tidak lagi dikawal terus oleh sistem utama; di luar 1. di bahagian luar, di sebelah luar: keadaan ~ bertambah sunyi dan gelap; 2. tidak masuk (perkara, perhitungan, tanggungan, dll), kecuali, tidak diliputi (terliput) oleh, lain drpd: budak-budak nakal itu melepaskan kata-kata yg ~ pengalaman mereka; kejadian itu ~ pengetahuannya; ~ dugaan tidak terduga sama sekali (tidak tersangka-sangka); ~ kepala Id luar kepala; ~ pembicaraan tidak masuk dlm pembicaraan; ke luar ke sebelah luar; meluar menyembul keluar, menonjol keluar; meluarkan 1. tidak memasukkan ke dlm golongan (perhitungan dll), mengasingkan, mengecualikan, menyingkirkan; 2. menyuruh keluar; luaran 1. = orang ~ orang asing, orang lain; 2. sl orang yg tidak masuk dlm golongan istana, orang keluaran; 3. = negeri ~ negeri asing; 4. yg tampak sahaja, lahiriah: pd ~nya sahaja kita dipaparkan dgn kenakalan Umar Umaiyah; peluaran; dunia ~ dunia luar; ®keluar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[luar] | لوار

Definisi : bahagian (ruang, tempat dll) yg bukan di dalam: kulit ~; orang ~. ~ bandar daerah yg jauh dr bandar. ~ biasa tidak spt yg biasa; ganjil. ~ dugaan tidak disangka-sangka. ~ negeri, = negeri ~ negeri asing. ~ nikah tidak dlm ikatan suami isteri yg sah (ttg perhubungan antara lelaki dgn perempuan). ~ talian ist keadaan kelengkapan atau peranti komputer di luar kawalan sistem utama komputer. luaran (sesuatu) yg di luar: masalah ~. di luar 1 di sebelah (bahagian) luar: Sementara ia memasak di dapur, anaknya bermain-main ~. 2 tidak termasuk dlm sesuatu perhitungan dll; kecuali: Penipuan itu berlaku ~ pengetahuan saya. ke luar (pergi) ke bahagian luar; ke sebelah luar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
luar (kata nama)
Kata Terbitan : di luar, ke luar, luaran,

Puisi
 

Bertanam cempedak di luar kota,
     Tumbuh rendang condong ke desa;
Orang nan tidak memandang harta,
     Tapi memandang budi bahasa.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Berketuk (= berkotek) di luar sangkar,
     bertanam di luar pagar.

Bermaksud :

Memajukan keterangan dan sebagainya sesudah perkara diputuskan. (Bandingkan dengan: Rumah sudah tukul [= pahat] berbunyi).

 

Lihat selanjutnya...(28)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
vaginismusvaginismusPerubatanPsikiatriPengecutan otot di luar kawal pada bahagian luar kemaluan wanita yang menghalang aktiviti seksual.
bamboo outer layerlapisan luar buluhBuluhTiadaLapisan luar yang keras dan padat, dan terdedah kepada persekitaran luar, berfungsi untuk melindungi struktur batang buluh. Sinonim eksodermis buluh.
out-of-body experiencepengalaman luar jasadPsikologiTiadaBerkaitan dengan pengalaman luar sedar individu yang berada di luar tubuh sendiri
out-of-body experiencepengalaman luar jasadPsikologiTiadaBerkaitan dengan pengalaman luar sedar individu yang berada di luar tubuh sendiri
ectopicektopikPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSuatu keadaan dalam posisi abnormal atau di luar kebiasaan. Ektopik ialah kebuntingan di luar dari tempat kebiasaan, iaitu kebuntingan di luar uterus.
outgroupkelompok luarBioinformatikBioinformatik MolekulCabang pepohon filogenetik atau kladistik dengan nod punca yang sama, tetapi mempunyai jarak hubungan masa lebih jauh dengan kelompok dalam. Contohnya, takson A ialah kelompok luar, manakala takson B, C dan D ialah kelompok dalam. Kelompok luar digunakan sebagai titik perbandingan untuk kelompok dalam dan dihubungkan dengan nod punca yang sama. Banding kelompok dalam.
toetoeKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaJarak di antara bahagian hadapan dua roda depan sama ada mengarah ke dalam (toe ke dalam) atau ke luar (toe ke luar), yang diukur dalam inci, milimeter atau darjah.
ex-coreluar terasSains NuklearKejuruteraan ReaktorSesuatu yang berlaku atau berada di luar teras reaktor nuklear.
off-season ratekadar luar musimPelanconganTiadaKadar bayaran yang dikenakan di luar musim, yang biasanya lebih murah.
rural areakawasan luar bandarPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaKawasan yang berada di luar kawasan bandar yang bercirikan pertanian dan mempunyai kepadatan penduduk yang rendah.
12345678910...

Kembali ke atas