Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
luas (adjektif)
1. Bersinonim dengan lapang: lebar, besar, lawas, selesa,

2. Bersinonim dengan lebar: besarnya

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan terbuka fikiran, mendalam,

2. Bersinonim dengan tidak terbatas: lantang, saujana,

Kata Terbitan : meluas, meluaskan, keluasan, peluasan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
1-2 heat exchangerpenukar haba 1?2KejuruteraanKejuruteraan KimiaPenukar haba jenis dua laluan dengan memperbaik konsep penukar haba 1-1 secara mengurangkan luas keratan kelompang. Ini dilakukan supaya halaju bendalir meningkat bagi kadar pemindahan haba yang lebih cekap. Bendalir di dalam kelompang hanya mengalir dalam satu laluan tetapi bendalir di dalam tiub pada mulanya mengalir selari dan kemudian menyongsang dengan arah laluan bendalir di dalam kelompang. Dengan ini, bendalir di dalam tiub mengalir dua kali melewati bendalir di dalam kelompang bagi memastikan masa yang cukup untuk menukarkan haba. Penukar haba ini lebih kompleks, mengalami kehilangan geseran yang tinggi, dan gagal menaikkan suhu bendalir di dalam tiub ke suhu menghampiri suhu bendalir di dalam kelompang.
cable sizesaiz kabelTeknikElektrikUkuran luas muka keratan rentas pengalir dalam kabel, biasanya dinyatakan dalam milimeter persegi atau dinyatakan dengan bilangan lembar dan diameter setiap lembar. Misalnya, kabel-kabel PVC 1.0 mm2 menyamai 1/1.13, iaitu 1 ialah bilangan pengalir dan 1.13 ialah diameter setiap dawai.
space factorfaktor ruangTeknikElektrik1. Peratus jumlah luas muka keratan kumpulan kabel berbanding dengan luas muka keratan dalam pembuluh, paip, salur, sesalur, atau saluran tempat kabel dipasang. Mengikut peraturan I.E.E., faktor ruang mestilah tidak melebihi 40 peratus bagi pemasangan pembuluh atau 45 peratus bagi salur dan sesalur. Faktor ruang dikira untuk memudahkan pemasukan kabel ke dalamnya, di samping memberi ruang untuk udara menyejukkan kabel. 2. Nisbah di antara luas muka keratan belitan kuprum dengan ruang yang ada untuk pemasangan beltan ke dalam teras tingkap.
planimetryplanimetriGeologiTiada1. Penentuan luas, sudut, dan jarak mengufuk melalui pengukuran di atas peta.,2. Perincian pelan sesuatu peta.
disc arealuas cakeraAeroangkasaTiadaLuas bulatan yang dihasilkan oleh penghujung bilah pesawat berotor.,Pergerakan anggul pantas pesawat udara pada pusat graviti yang menyebabkan satu ayunan yang cepat dan teredam dengan kala yang singkat.,1. Kawasan memulakan dan menamatkan berbagai-bagai perkhidmatan untuk mengambil dan menurunkan penumpang atau kargo.,Luas bulatan yang dihasilkan oleh penghujung bilah pesawat berotor.
trenchpetakArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiSatu kawasan empat persegi yang dibuat untuk mendapatkan maklumat dan data arkeologi. Besar dan luas petak adalah pelbagai saiz seperti 2 meter x 2 meter, 2 meter x 1 meter, 1 meter x 1 meter dan 3 meter x 2 meter. Petak akan digali selepas semua persiapan telah dibuat seperti membuat pancang, mengikat tali dan mengambil gambar. Kedalaman penggalian petak bergantung pada tujuan, penemuan tanah asal atau batu dasar.
static pressuretekanan statikAeroangkasaTiada1. Tekanan statik: Komponen daya per unit luas dalam arah normal kepada permukaan jasad.,1. Tekanan statik: Komponen daya per unit luas dalam arah normal kepada permukaan jasad.
pressuretekananMekanikGunaanKeamatan daya yang bertindak pada sesuatu kawasan, iaitu daya bagi setiap luas unit. Nilainya diperoleh dengan membahagikan daya yang bertindak dengan luas medan tindakannya. Tekanan merupakan kuantiti skalar. Simbol yang sering digunakan ialah p manakala unit ukurannya ialah pascal, Pa (1 Pa = 1 N.m-2). Lihat juga tegasan.
chloramphenicolChloramphenicolPerubatanTiadaNama kimia: d-treo-2-dikloroasetamido-1-(4-nitrofenil) propana-1,3-diol; C11H12Cl2N2O5. Sejenis antibiotik yang luas aktivitinya, yang berkesan terhadap bakteria gram positif dan negatif, riketsia dan spiroket tertentu.
triforinetriforinaBiologiPatologiNama am fungisid sitemik dalam kelompok piperazina yang berspektrum luas. Nama kimianya ialah 1, 4-bis-(2, 2, 2-trikloro-1-formamidoetil) piperazina.
12345678

Kembali ke atas