Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.ka] | لوک

Definisi : 1. belah (cedera, lecet, pecah) pd kulit sebab kena potong, kena tembak, dll: ~nya sangat dalam; ~ parah luka yg sangat besar, luka yg sangat berbahaya; 2. mengalami cedera (pecah, lecet pd kulit) sebab kena potong, kena tembak, dll: tangannya ~ kena kaca; 3. ki sakit, pedih (perasaan) kerana kecewa: hatinya ~; ~ bakar Id luka sebab kena api; ~ hatinya = hatinya ~ ki sakit hatinya; ~ sudah hilang parutnya tinggal juga prb sungguhpun orang yg berselisih (berbantah) sudah berdamai kembali, keadaan berikut tidak akan spt keadaan sediakala; lain ~ lain menyiuk, lain sakit lain mengaduh prb orang lain yg membuat salah, orang lain yg berasa (susah dll); siapa ~ siapa menyiuk, siapa sakit siapa mengaduh prb orang yg berasa ter­sindir, dialah yg membuat sesuatu yg disindir­kan itu; takkan serik ~ dimakan tajak, esok lusa ke bendang juga prb kesukaran dlm sesuatu pekerjaan tidak akan menghalangi seseorang mengerjakannya utk mencari nafkah; berlukaan sl mendapat luka-luka: kedelapan hulubalang itu bertetakan pedang dan ber­tikam tombak, seorang pun tiada ~; berluka-lukaan sl saling mendatangkan luka (pd lawannya dll): maka Bugis melawanlah lalu bertikam ~; melukai 1. mendatangkan luka pd; ~ musuh mendatangkan luka pd musuh; 2. = melukakan menyakiti (hati): sindiran yg ~ hati dihamburkan kepadanya; ~ hati menyakiti hati; kelukaan kedukaan kerana kecewa: kau begitu teguh menghadapi ~ dlm menjalani kehidupan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.ka] | لوک

Definisi : 1 belah atau pecah pd kulit disebabkan oleh benda yg tajam (pisau dll): ~ parah luka yg sangat besar atau dalam. 2 mengalami cedera pecah atau belah pd kulit kerana kena benda tajam: Kakinya ~ ditusuk duri. ~ hati a. sakit hati atau tidak puas hati. b. kecewa atau sesal yg amat sangat. melukai 1 menyebabkan sesuatu jadi luka; mendatangkan luka pd: Pisau yg dibalingkan oleh musuh itu ~ kakinya. 2 menyakiti (hati): Kata-kata yg pedas itu ~ hatinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata luka

Puisi
 

Kati-kati dalam perahu,
     Anak punai merah matanya;
Luka hati siapakan tahu,
     Luka tangan tampak darahnya.


Lihat selanjutnya...(30)
Peribahasa

Luka tangan kerana berebutkan tembikar pecah.

Bermaksud :

Mendapat bahaya kerana berebutkan perempuan jahat.

 

Lihat selanjutnya...(25)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
traumatic woundluka traumatikKejururawatanTiadaLuka yang bercirikan kerosakan pada integriti kulit dan tisu yang tertanggal akibat kecederaan.
surgical woundluka pembedahanKejururawatanTiadaPerihal luka bercirikan gangguan permukaan kulit, atau kehilangan tisu akibat prosedur pembedahan.
peptic ulcerulser peptikKejururawatanTiadaLuka atau hakisan tisu yang terbentuk di lapisan membran mukosa disebabkan oleh ketidakseimbangan mukus gaster dan asid gaster yang seterusnya menyebabkan enzim pepsin menghakis mukosa. Biasanya lokasi berlakunya luka atau hakisan tisu ini adalah di gaster dan duodenum.
woundlukaKejururawatanTiadaPerihal kulit yang mengalami kerosakan permukaan atau tisu tanggal akibat kecederaan mekanikal.
ascorbic acidasid askorbikPerikananAkuakulturBahan organik atau dikenali juga sebagai vitamin C yang sangat diperlukan oleh organisma dalam jumlah yang terhad untuk pembentukan tisu penyambung dan tisu parut semasa pembaikan luka dan matriks tulang. Keperluan asid askorbik bagi setiap organisma adalah bergantung pada keadaan dan organisma tersebut. Asid askorbik tidak dapat disintesis dalam jumlah yang mencukupi oleh organisma. Oleh itu, asid askorbik perlu dibekalkan dalam diet. Ikan tidak boleh mensintesis asid askorbik, kekurangan asid ini akan menyebabkan luka lambat sembuh, timbul ulser pada kulit sirip, luka, perdarahan dan pembentukan tulang yang tidak sempurna atau cacat.
ulcerulserPerikananAkuakulturLuka terbuka akibat daripada kerosakan pada permukaan sesuatu organ atau tisu ikan.
lesionlesiPerikananAkuakulturKecederaan atau luka pada organ atau tisu ikan akibat daripada jangkitan atau trauma fizikal, yang boleh menjejaskan kegiatan organ atau tisu terbabit.
vulneraryvulneraryHerbaTiadaHerba yang membantu penyembuhan luka, lelas dan lecet. Contoh herba ini ialah lidah buaya, bawang putih, lada benggala dan paprika.
cicatrizantsikatrizanHerbaFitoterapiBahan yang berupaya membantu penyembuhan luka melalui pembentukan parut.
vulneraryvulnerariHerbaPemiawaianEkstrak herba yang membantu penyembuhan luka, lelas dan lecet. Contohnya, lidah buaya (Aloe vera) dan senduduk (Melastoma malabathricum).
123

Kembali ke atas