mud flat | kukup lumpur | Sains Marin | Tiada | Kawasan lodak halus yang berkeadaan rata di sepanjang pesisir atau di sekeliling pulau. Kawasan lumpur ini ditimbunkan oleh air di sepanjang pantai laut atau di tebing sungai. Lihat juga kukup. |
tidal flat | kukup | Sains Marin | Tiada | Lumpur yang ditimbunkan oleh air di sepanjang pantai laut atau tebing sungai. Kawasan airnya adalah cetek. |
shoal | beting | Sains Marin | Tiada | Kawasan timbunan pasir atau lumpur yang panjang yang terdapat di sungai atau pinggir laut yang biasanya timbul dan terdedah di atas permukaan air semasa air surut. |
detritus | detritus | Sains Marin | Tiada | Bahan berupa sampah atau serpihan seperti kerikil, pasir, lumpur dan bahan lain yang dihasilkan oleh hakisan atau melalui proses pereputan yang memasuki sistem akuatik. Jika bahan-bahan tersebut berasal daripada pereputan bahan organik, disebut sebagai detritus organik. Detritus organik biasanya termasuk badan atau serpihan organisma yang mati serta bahan kumuh termasuk najis. Detritus organik biasanya dikolonisasikan oleh komuniti mikroorganisma yang bertindak sebagai pengurai. Detritus merupakan sumber nutrisi bagi berbagai-bagai organisma, terutamanya dalam sistem perairan cetek dan terlindung. Banyak organisma bentik (bentos) yang bergantung kepada detritus sebagai sumber makanan dan dikategorikan sebagai pemakan detritus. |
zigurat | zigurat | Kesenian | Hiasan Dalaman | Bentuk piramid bertangga pada binaan yang dibuat daripada bata lumpur, yang terkenal pada zaman Messopotamia, Babylon dan Assyria. |
abyssal deposit | mendapan abis | Sains Marin | Tiada | Mendapan di laut dalam yang berada pada kedalaman lebih daripada 2.7 km. Mendapan ini terdiri daripada kelodak organik, lumpur dan tanah merah dari kawasan yang paling dalam. |
fringe theatre | teater pinggiran | Kesusasteraan | Tiada | Teater yang dipersembahkan di luar pusat utama pementasan teater. Contoh pusat utama ialah Broadway (New York), West End (London), Taman Ismail Marzuki (Jakarta), dan Istana Budaya (Kuala Lumpur). Pada mulanya, pementasan teater pinggiran adalah untuk memerikan drama yang dipentaskan di kawasan pinggiran dan bercirikan avante-garde serta antigolongan berkuasa pada tahun 1950-an. Kini, teater ini tidak lagi terhad kepada tema di atas, tetapi turut mempersembahkan drama arus perdana yang boleh diterima umum. Lihat juga grada depan. |
alluvial deposit | mendapan aluvium | Sains Marin | Tiada | Jenis tanah yang terbentuk akibat proses endapan. Endapan terjadi di kawasan sungai atau danau, iaitu di kawasan dataran yang rendah dan terbentuk oleh air mengalir yang membawa lumpur, pasir, tanah liat, kerikil serta bahan organik. |
arbitrage | arbitraj | Ekonomi | Tiada | Kegiatan membeli pertukaran asing, sekuriti, atau komoditi di satu pasaran dan menjualnya di pasaran lain secara serentak dengan harga yang lebih tinggi. Kegiatan ini berlaku kerana terdapat perbezaan harga antara dua pasaran. Kemudahan memindahkan mata wang melalui telegraf antara pusat perdagangan di Kuala Lumpur dengan pusat perdagangan di New York atau di London, membolehkan arbitraj terhadap mata wang dilakukan. |
panoramic method | kaedah panorama | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah bercerita yang memaparkan suasana sesuatu tempat atau peristiwa secara ringkas dan umum.Pengarang biasanya menggunakan kaedah ini dari perspektif yang luas. Kaedah bercerita tidak memerlukan perincian yang teliti tentang sesuatu hal yang diceritakan itu. Kaedah ini membolehkan pengarang berubah dari satu latar atau peristiwa lain secara cepat. Biasanya, pengarang yang menggunakan kaedah ini akan menulis karya berasaskan sudut pandangan serba tahu. Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur karya Keris Mas banyak menggunakan kaedah panorama. Latar kampung atau suasana kehidupan bandar dalam novel tersebut hanya diberikan gambaran secara umum dan luas. Lihat juga sudut pandangan serba tahu. |