Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.put] | لوڤوت

Definisi : 1. hilang, lenyap: zaman dongeng­-mendongeng sudah ~ sekarang; ~ drpd hati (di hati) hilang drpd hati (lenyap drpd ingatan); ~ drpd mata (di mata) hilang drpd mata; ~ drpd ingatan; 2. terhindar (drpd), terjauhkan (drpd), terlepas (drpd): ~ drpd bahaya; ~ drpd dakwaan terlepas drpd dakwaan; 3. tidak mengena (pd sasaran), menyimpang (drpd sasaran), salah: dilemparinya budak itu tapi ~; meluputkan 1. menghilangkan, melenyap­kan; ~ drpd ingatan menghilangkan drpd ingatan; 2. melepaskan; ~ diri melepaskan diri; 3. mengelakkan (pukulan, serangan, dll), menangkis: ditikamnya dada Hang Jebat, serta diluputkan oleh Hang Jebat tikaman Laksamana itu; terluput terhindar drpd, terjauhkan drpd, terlepas drpd: sbg manusia biasa, dia juga tidak ~ drpd salah dan silap; ~ drpd ben­cana; keluputan perihal luput, kelenyapan, ke­musnahan; peluputan perihal meluputkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.put] | لوڤوت

Definisi : 1 tidak dikenang lagi; hilang; lenyap: Perkara itu sudah ~ drpd ingatan saya. ~ dr mata tidak kelihatan lagi. 2 terlepas (drpd bahaya, tuduhan dll); terhindar. meluputkan 1 menghilangkan; melenyapkan: ~ sesuatu drpd ingatan. 2 mengelakkan (bahaya, tuduhan dll): ~ diri melepaskan diri; menghindarkan diri. terluput terlepas (terjauh, terhindar) drpd. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
luput
1. Bersinonim dengan hilang
( lenyap, lupus, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan terhindar
( terjauhkan, terlepas, terselamat, terpelihara, terbias, terseberang, tersingkir, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan menyimpang
( melencong, membelok, melantur, memesong, memirau, menyasar, terbabas, mengelencong, menggelencong, mendadek, )
(adjektif:)

Kata Terbitan : meluputkan, terluput,

Puisi
 

Puput manis jalan di luput,
     Uput menari di tiga tapak;
Hitam manis jangan direbut,
     Dia tak diberi ibu dan bapa.


Lihat selanjutnya...(13)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
expiry datetarikh luputHerbaPeraturan dan PemasaranTarikh akhir sesuatu kelompok produk memenuhi spesifikasi piawaian/piawai kualiti yang diperlukan. Tarikh ini hendaklah dicatatkan pada label pembungkusan produk. Produk yang telah melepasi tarikh luput tidak terjamin akan kekal seperti dalam spesifikasi yang ditetapkan dan mungkin tidak selamat untuk digunakan.
effluxion of timeluput masaPenilaian Harta TanahTiadaTiada
open voucherbaucar terbukaPelanconganTiadaBaucar yang dikeluarkan oleh agensi pelancongan untuk pakej pengembaraan tanpa tarikh luput.
open ratekadar terbukaPelanconganTiadaKadar harga bilik yang berubah-ubah mengikut musim dan keadaan tanpa tarikh luput.
evidence of healthbukti kesihataninsuransTiadaBukti mengenai kesihatan yang memuaskan yang diperlukan oleh insurer apabila seseorang ingin memperbaharui polisinya setelah luput. Pembaharuan ini hendaklah dilakukan dalam masa yang ditetapkan oleh insurer.
production batchkelompok produkHerbaPeraturan dan PemasaranKelompok produk yang dihasilkan melalui proses pengilangan dalam kitaran yang sama. Produk dari kelompok yang sama mempunyai nombor kelompok, tarikh luput, ciri-ciri fizikal dan kimia serta sijil analisis yang sama.
poultry by-product mealtepung hasil sampingan poltriPerikananAkuakulturBahan mentah yang diperbuat daripada hasil sampingan kilang memproses ayam. Bahan ini terdiri daripada perut, kepala, kaki dan sisa-sisa sampingan lain, termasuklah ayam yang sudah luput di pasar raya. Bahan buangan akan dimasak, dikisar dan dikeringkan untuk dijadikan sebagai bahan mentah. Kandungan protein bahan ini ialah sebanyak 50% – 55% dan boleh digunakan sebagai bahan mentah untuk semua jenis ternakan dengan kadar tertentu.
testing recordrekod pengujianHerbaPeraturan dan PemasaranRekod uji kaji atau penilaian kualiti dan keselamatan produk. Menurut Garis Panduan Amalan Pengilangan Baik Ubat Tradisional dan Tambahan Kesihatan, rekod pengujian perlu disimpan setahun selepas tamat tarikh luput sesuatu kelompok produk.
reference samplesampel rujukanHerbaPeraturan dan PemasaranProduk akhir herba yang dihantar untuk pengujian makmal bagi tujuan pendaftaran produk. Sampel tersebut diperoleh dari premis pengilang yang dinyatakan dalam permohonan pendaftaran. Sampel yang dihantar hendaklah bertarikh luput sekurang-kurangnya setahun dari tarikh penghantaran dan mempunyai nombor kelompok yang sama.
herbal product labelingpelabelan produk herbaHerbaTiadaProsedur melabel bekas dan pembungkus produk herba. Maklumat yang tertera pada label termasuk nama dan komposisi produk, nama dan kuantiti kandungan bahan herba, indikasi atau kegunaan, cara penggunaan, amaran, kesan sampingan, tarikh luput, nombor pendaftaran dan alamat pengeluar.
12

Kembali ke atas