Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.rah] | لوره

Definisi : 1. tanah rendah antara gunung-gunung, jurang, lembah; 2. lekuk memanjang (pd papan dll), alur; ~ hidung alur bibir; ~ tidak terturuni, bukit tidak terdaki prb, Mn perihal orang yg sangat tua dan lemah; adat ~ timbunan sarap prb orang yg berpangkat dan berpengaruh selalu menjadi tempat tumpuan orang mengadu hal; bukit sama didaki, ~ sama dituruni = ke bukit sama men­daki, ke ~ sama menurun prb sepakat (seia sekata); di ~ air yg besar, di bukit orang yg hanyut prb orang yg tidak bersalah menerima hukuman; di ~ maka hendak angin, di bukit maka hendak air prb berkehendakkan se­suatu tidak pd tempatnya; berlurah di balik pendakian prb ada kehendak (maksud) yg tersembunyi; berlurah ada lurah, berlembah; berlurah-lurah mempunyai banyak lurah atau alur: dahi Mak Su berkerut-kerut kecil dan atas bulu keningnya pula ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.rah] | لوره

Definisi : Id 1. ketua kampung: hatta berapa lamanya negeri Majapahit pun besarlah, segala ~ Jawa semuanya takluk ke Majapahit; 2. ketua atau pemimpin (sesuatu bahagian pekerjaan); kelurahan daerah di bawah jagaan lurah, rumah atau pejabat lurah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.rah] | لوره

Definisi : 1 tanah rendah di antara gunung; lembah. 2 alur atau lekuk memanjang pd papan dll. berlurah 1 ada lurahnya; berlembah. 2 mempunyai alur (pd papan dll). melurah membuat alur atau lekuk memanjang pd papan. melurahkan menyebabkan sesuatu jadi berlurah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lurah (kata nama)
1. Bersinonim dengan tanah rendah: lembah

2. Bersinonim dengan alur: lekuk, galur, oreng.,


Peribahasa

Lurah juga diturut air,
     bukit juga dilejang panas.

Bermaksud :

Orang yang berpengaruh juga yang mendapat penghormatan dan orang yang biasa jahat pula yang selalu dituduh.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
interlocking spursusuh berpancaGeografiTiadaCerun lurah sungai yang saling berpanca, apabila sungai mengikut satu haluan yang berliku-liku yang akan mengehadkan ketertampakan dari hulu ke hilir.
rabbettetingkatKesenianHiasan DalamanPotongan yang berupa lurah atau bertingkat-tingkat yang dibentuk pada hujung sesuatu bahan (seperti bod atau kayu) yang dilakukan dengan mesin untuk membolehkannya dicantum dengan sesuatu bahagian yang lain. Jika dilihat menerusi keratan rentas, tetingkat ialah dua permukaan yang terbuka di sisi sesuatu bahan atau penghujung permukaan yang telah dipotong daripada permukaan awal. Contohnya, bingkai pemasangan kaca yang menyediakan ruang untuk memasukkan kepingan kaca dan bahan dempul. Tetingkat sedia menempatkan bahagian tepi panel belakang almari, selain digunakan pada pintu dan jenang tingkap berbingkai, dan boleh digunakan sebagai bentuk penyambung kepada bahan kayu lain. Perkataan rabbet berasal daripada perkataan Perancis kuno, rabbat yang bermaksud reses dalam dinding.
piston ringgelang ombohKejuruteraan AutomotifEnjinGelang yang diperbuat daripada keluli yang dipasang pada lurah omboh. Terdapat dua jenis gelang, iaitu gelang mampatan dan gelang minyak. Gelang mampatan bertujuan untuk membentuk kedap di antara piston dengan dinding silinder, manakala gelang minyak untuk menyingkir minyak pelincir yang terlekat pada dinding silinder supaya tidak memasuki kebuk pembakaran.
nanotube field effect transistortransistor kesan medan nanotiubFizikNanoteknologiTransistor kesan medan yang menggunakan saluran pengkonduksi daripada bahan nanotiub. Transistor dibentuk dengan meletakkan nanotiub di dalam lurah lapisan silikon terdop tinggi antara sumber dan saliran. Sifat pengkonduksian yang tinggi bagi nanotiub karbon (CNT) membenarkan kawalan arus yang tinggi dan pelesapan kuasa yang rendah, sementara pengurungan cas yang tinggi mengurangkan kesan memusnah yang dikaitkan dengan pengecilan saiz transistor.
terombaterombaKesusasteraanTiadaBentuk puisi Melayu tradisional yang mengandungi susunan undang-undang dan adat yang disampaikan dalam bentuk puisi. Ungkapan teromba terbentuk bebas, dan panjang rangkapnya tidak tetap. Teromba boleh terdiri daripada dua hingga berpuluh-puluh baris serangkap. Teromba mengandungi pemerian tentang salasilah adat, norma dan undang-undang adat yang terpakai dalam adat perpatih dalam kalangan masyarakat Melayu Minangkabau. Baris teromba sering mengandungi peribahasa berangkap yang membawa tema perumpamaan, kiasan, atau perbandingan. Istilah yang dipakai bersama teromba ialah terasul dan tombo. Terasul merujuk kepada cara penggunaan, pengamalan dan penurunan adat dalam situasi yang sebenar. Contohnya penggunaannya dalam majlis perbincangan beradat seperti dalam upacara pertunangan. Sementara tambo bermaksud kisah atau peristiwa sejarah, catatan sejarah atau kronikal. Kini tambo merujuk kepada kisah berunsur sejarah yang tersusun dalam bahasa yang tetap, dan dalam bentuk puisi yang sama seperti teromba. Namun, ketiga-tiganya hampir sama digunakan untuk merujuk kepada susunan kata-kata adat. Contoh teromba: Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat. Air melurut dengan bundarnya, Benar melurut dengan muafakatnya. Berat sama dipikul, Ringan sama dijinjing. Yang tidak ada sama dicari, Sama sakit sama senang. Ke bukit sama mendaki, Ke lurah sama menuruni. Teromba berasal daripada bahasa Minangkabau yang bermaksud �salasilah, keturunan seseorang, sekumpulan masyarakat sesuatu bangsa, dan sesuatu sistem�. Teromba dikenali juga sebagai perbilangan. Lihat juga tamba, terasul.

Kembali ke atas