Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.tut] | لوتوت

Definisi : sendi di antara paha dan betis; pelipatan ~ lekuk di belakang lutut; tem­purung ~ tulang bulat di lutut sebelah hadapan; berkata-kata dgn ~ prb berkata-kata dgn orang yg bodoh; bersaksi ke ~ prb a) men­jadikan sahabat atau sanak-saudara sbg saksi; b) minta petunjuk kpd orang yg bodoh; berlutut, melutut ark 1. berdiri di atas lutut, bertelut; 2. ki menyerah, tunduk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.tut] | لوتوت

Definisi : ; ~ ayam sj tumbuhan (herba), keremak batu, keremak rusa, maman babi, Hygrophila quadrivalois. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.tut] | لوتوت

Definisi : sendi kaki yg menghubungkan paha dgn betis. pelipatan ~ lekuk di belakang lutut. tempurung ~ tulang bulat di sebelah hadapan lutut. berlutut, melutut 1 duduk di atas lutut (tanpa mencecahkan punggung ke lantai); bertelut. 2 ki menyerah; tunduk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lutut

Puisi
 

Buah pinang dipegang-pegang,
     Bawa mari kampung Cik Daud;
Bila ingat diriku dagang,
     Air mata jatuh ke lutut.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Tutup lutut,
     terbuka pusat;
lepas kaki,
     leher terjerat.

Bermaksud :

Kesalahan yang terlalu banyak sudah tak dapat disembunyikan lagi, lambat-laun akan ketahuan juga.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gear box soupsup tulang lututPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
meniscusmeniskusSains SukanBiomekanikLigamen antara lutut yang berbentuk seperti bulan. Ligamen ini berfungsi sebagai penyerap hentakan semasa pergerakan.
collateral ligamentligamen kolateralSains SukanBiomekanikLigamen utama yang meliputi aspek lateral dan medial lutut.
anterior cruciate ligamentligamen krusiat anteriorSains SukanBiomekanikSatu atau dua ligamen pada sendi lutut yang mempunyai lekatan di tibia anterior dan kondil lateral posterior di femur.
patellofemoral jointsendi patelofemoralSains SukanBiomekanikSendi yang menghubungkan patela dengan tulang femur pada lutut.
calluskalusHerbaFitoterapi1. Penebalan setempat keratin kulit disebabkan tekanan atau geselan secara kronik. Kalus biasanya terjadi di tapak kaki, tangan, lutut dan siku. 2. Tulang baharu yang terbentuk di sekeliling tulang yang tercedera semasa proses penyembuhannya. 3. Kulit keras dan tebal yang terbentuk pada kulit pokok selepas kulit mengalami kecederaan. Kalus terbentuk sebagai satu proses pemulihan kecederaan.
psoriasispsoriasisHerbaFitoterapiPenyakit kulit kronik yang dicirikan oleh tompok-tompok gatal, bersisik dan berwarna merah pada bahagian badan seperti siku, tapak tangan, lengan, lutut, kaki dan kulit kepala.
Ortolani's testujian OrtolaniKejururawatanTiadaUjian yang dijalankan ke atas bayi untuk mengesan dislokasi pinggul kongenital. Ujian ini dilakukan dengan membaringkan bayi dalam posisi supin. Lutut bayi dibengkokkan dan putaran sendi pinggul dicuba. Bunyi klik akan didengar jika sendi itu tidak stabil.
anterioranteriorSains SukanBiomekanikBerkaitan dengan orientasi kedudukan yang mengarah ke bahagian hadapan jasad. Contohnya, dahi berada di bahagian anterior tengkorak, manakala patela berada di bahagian anterior sendi lutut.
synovial jointsendi sinovialSains SukanBiomekanikSendi yang mempunyai rawan di bahagian hujung tulang, berfungsi untuk melancarkan pergerakan. Contoh sendi sinovial ialah sendi yang terdapat di bahagian siku, lutut, bahu, pinggul dan pergelangan kaki.

Kembali ke atas