flexible scheduling | penjadualan luwes | Pendidikan | Tiada | Peruntukan dalam penjadualan yang memberi kelonggaran dan kepelbagaian dalam jangka masa, urutan atau giliran mengajar. |
flexible shaft | aci boleh lentur/aci luwes | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Komponen mesin seperti kabel panjang yang boleh menghantar gerakan putaran daripada pemacu kepada komponen lain yang hendak diputar pada sebarang kedudukan. Komponen ini terdiri daripada beberapa lapisan anyaman dawai yang melilit dawai teras tunggal. Setiap lapisan dawai melilit pada arah berlawanan daripada lapisan sebelumnya. Jumlah lapisan dan diameter dawai menentukan diameter aci boleh lentur. Di samping itu bahan dan diameter dawai serta proses melapis menentukan ciri aci boleh lentur seperti kekukuhan, kekuatan, halaju maksimum dan arah putaran aci. Bahagian luar komponen ini juga disalut dengan bahan yang boleh lentur. Komponen ini digunakan dalam alat gerudi gigi, mesin pemotong rumput dan meter laju kenderaan. |
flexible management | pengurusan fleksibel | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Cara dan kaedah mentadbir atau mengurus organisasi secara luwes dan anjal bagi memudah serta mempercepat pencapaian matlamat dan wawasan yang telah ditetapkan. Pengurusan fleksibel merangkumi kepimpinan yang telus, keharmonian hubungan majikan-pekerja dan kemudahan infrastruktur yang lengkap. Biasanya, kaedah pengurusan organisasi ini tidak terikat secara langsung dengan karenah birokrasi dan pita merah (red-tape), yang boleh menjejaskan operasi sesebuah organisasi. Bentuk pengurusan ini juga mampu mewujudkan suasana kerja yang lebih harmoni dan efisien. Pengurusan fleksibel akan mewujudkan budaya kerja yang lebih kondusif dan memudahkan segala urusan. |
democratic classroom climate | iklim bilik darjah demokratik | Pendidikan | Tiada | Keadaan dalam bilik darjah yang menunjukkan bahawa guru luwes dalam pengajaran, pelajar boleh membincangkan apa yang akan dipelajari dan kesemua pihak berkongsi pendapat. |
emergent strategy | strategi munculan | Pengurusan | Perancangan | Pendekatan yang dipilih oleh pengurusan atasan sebagai tindak balas kepada perubahan persekitaran. Strategi ini bersifat luwes dan boleh berlaku secara ketara atau berdikit-dikit. Strategi ini melibatkan satu siri tindakan yang diambil kesan daripada perubahan dalam persekitaran seperti tindakan pesaing atau perundangan baharu. Contohnya, strategi munculan oleh syarikat yang terkesan oleh pelaksanaan polisi antarabangsa Malaysia sebagai anggota Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) berikutan dengan persetujuan yang dicapai bersama oleh negara-negara anggota. |